More

    Samsung akan bina cipset khas untuk peranti Galaxy

    Media Korea Selatan melaporkan bahawa presiden Samsung Electronics Roh Tae-Moon berkata Samsung sedang menghasilkan cipset khas yang akan dibina khas untuk peranti-peranti Galaxy. Beliau memberi kenyataan tersebut sewaktu mengulas tentang kontroversi Game Optimization Service dalam telefon pintar Galaxy S22 Ultra.

    Beliau tidak berkongsi lanjut tentang cipset tersebut dan setakat ini masih fasa pembangunannya masih belum diketahui.

    Sebelum ini, Samsung menghasilkan cipsetnya sendiri iaitu cipset Exynos yang sering dilengkapkan dalam peranti Galaxy serta beberapa jenama lain seperti vivo dan Meizu. Sungguh pun begitu, cipset tersebut tidak dihasilkan dengan kerjasama oleh divisyen peranti mudah alih Samsung.

    Cipset Exynos selalunya mencatatkan prestasi yang lebih rendah sedikit berbanding cipset Snapdragon yang setaraf.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: iNews24

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured