More

    MediaTek Dimensity 1300 5G dilancar, cipset 6nm untuk telefon kelas pertengahan

    Syarikat semikonduktor dari Taiwan, MediaTek, telah melancarkan cipset telefon pintar terbaharu iaitu MediaTek Dimensity 1300 5G yang dibina dengan nod proses 6nm oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC).

    Cipset ini mempunyai lapan teras yang terdiri daripada satu teras Cortex-A78 Ultra 3GHz, tiga teras Cortex-A78 Super 2.6GHz dan empat teras kecekapan (efficiency) Cortex-A55 2GHz. Unit pemproses grafik (GPU) dalam cipset ini pula adalah Arm Mali-G77 MC9 sembilan teras.

    Dimensity 1300 boleh menyokong skrin dengan kadar segar semula 168Hz pada resolusi FullHD+ (2520×1080), RAM LPDDR4x sehingga 16GB dan storan UFS 3.1. Ia turut menawarkan teknologi gaming HyperEngine 5.0 untuk penambahbaikan grafik AI-VRS, hubungan Wi-Fi/Bluetooth Hybrid 2.0 dan Bluetooth LE Audio untuk mengurangkan lengah masa (latency) dengan peranti audio.

    Untuk kamera pula, pemproses signal imej (ISP) Imagiq dalam Dimensity 1300 boleh menyokong sensor sehingga 200MP, mod video potret untuk beberapa orang serentak (AI Multi-Person Bokeh Video), rakaman video 4K HDR dengan 3-Exposure Fusion untuk jurang dynamic range yang lebih luas sebanyak 40% dan panorama waktu malap AI-Pano Night Shot.

    Untuk tontonan video 4K, cipset ini menyokong hardware-accelerated AV1 decoding untuk kecekapan tenaga yang lebih tinggi sewaktu melayari video 4K daripada perkhidmatan penstriman popular.

    Setakat ini masih belum diketahui telefon pertama yang akan dilengkapi cipset ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MediaTek

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured