More

    Terkini melalui pernyataan media rasmi: Staf MCMC dan SIRIM positif Covid-19

    Terkini, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) dan SIRIM telah mengeluarkan pernyataan media rasmi berkenaan penularan Covid-19.

    MCMC telah diberi notis oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 10 Mac (semalam) berkenaan salah seorang stafnya yang disahkan positif Covid-19. Sebenarnya, MCMC telah mengambil langkah awal dengan membenarkan staf tersebut dikuarantin selama 14 hari sejak 4 Mac lalu setelah suaminya mempunyai kontak dengan salah seorang pesakit yang disahkan positif Covid-19.

    Apa pun, staf tersebut sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil. ‘Pengesanan Kontak Rapat’ sedang dijalankan dan mana-mana individu yang dikenal pasti akan menjalani kuarantin dan pemeriksaan kesihatan pada hari ini. Kepada orang ramai, anda boleh melakukan sebarang urusan dengan MCMC secara dalam talian atau emel [email protected]. MCMC akan terus mengambil langkah yang disarankan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan orang awam terjaga.

    Beralih kepada SIRIM, salah seorang stafnya juga disahkan positif Covid-19 pada hari ini. Seperti MCMC, ‘Pengesanan Kontak Rapat’ sedang dijalankan. Bukan itu sahaja, semua pelawat juga perlu menjalani saringan sebelum memasuki bangunan.

    Kami menggalakkan anda untuk mengamalkan langkah pencegahan seperti yang disarankan KKM. Luahkan pendapat anda mengenai hal ini di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini yang terkini.

    Sumber: MCMC

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured