More

    Sistem keselamatan pengecaman muka di KLIA kini digunakan untuk penerbangan terpilih

    Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) secara rasminya telah memulakan pelaksanaan teknologi pengecaman muka di KLIA dan KLIA2 yang bertujuan untuk memberikan pengalaman menaiki pesawat yang lebih lancar kepada penumpang. Dengan sistem baharu itu, penumpang hanya boleh mengimbas muka mereka dan bukannya menggunakan pas masuk untuk melalui kawasan keselamatan dan pintu masuk.

    Inisiatif ini pertama kali diumumkan Januari lalu dengan MAHB berkata bahawa ia akan melaksanakan sistem pengecaman muka di 50 kiosk daftar masuk sendiri, 20 kaunter daftar masuk dan 56 eGates di kedua-dua lapangan terbang dalam tempoh separuh pertama 2022. Buat masa ini, sistem hanya boleh digunakan untuk penerbangan terpilih di KLIA.

    Untuk menggunakan sistem ini, penumpang perlu mendaftar diri mereka terlebih dahulu dengan pergi ke tempat Pendaftaran yang terletak berhampiran pintu masuk aras berlepas KLIA. Semasa mendaftar, anda memerlukan pas masuk dan MyKad atau pasport anda. Kamera juga akan melakukan “semakan keaktifan” (liveness check) untuk pengesahan.

    Kanak-kanak berumur 11 tahun dan lebih muda masih perlu melalui daftar masuk manual di mana keluarga yang melancong dengan bayi tidak akan dapat menggunakan sistem biometrik baharu. Namun begitu, MAHB mendakwa bahawa teknologi itu cukup tepat untuk membezakan kembar seiras.

    Sementara itu, MAHB belum mengumumkan sebarang rancangan untuk melaksanakan sistem itu di lapangan terbang Malaysia yang lain. MAHB juga menyatakan bahawa ia tidak menyimpan data biometrik anda secara kekal dan data anda akan dipadamkan tiga jam selepas penerbangan anda berlepas.

    Sebelum ini, AirAsia juga telah melaksanakan sistem pengecaman muka sendiri yang dinamakan FACES di KLIA2 dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor. Berbanding dengan MAHB, syarikat penerbangan itu mempunyai rancangan untuk mengembangkan sistem itu ke semua lapangan terbang Malaysia serta lapangan terbang di negara lain tempat mereka beroperasi tetapi garis masa pelancaran yang tepat masih belum didedahkan.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: MAHB

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured