fbpx
More

    OnePlus Nord CE 2 Lite 5G dan OnePlus 10R mungkin akan dilancar pada 28 April 2022

    OnePlus bakal menganjurkan sebuah acara pelancaran di India pada hari Khamis, 28 April 2022. Mereka tidak mendedahkan butiran produk yang akan dilancar, namun dalam sebuah gambar yang dikongsi di Twitter, ia menunjukkan sepasang fon telinga wayarles dan dua buah telefon pintar jadi ia mungkin merujuk kepada tiga produk yang akan dilancar pada hari itu.

    Sungguh pun begitu, menurut pengkhabar berita teknologi Mukul Sharma, beliau mengatakan telefon pintar yang akan dilancar mungkin adalah OnePlus Nord CE 2 Lite 5G dan OnePlus 10R, manakal fon telinga wayarles pula ialah OnePlus Nord Buds.

    OnePlus 10R bakal menjadi telefon OnePlus pertama yang dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8100. Selain itu, spesifikasinya dikhabarkan serupa dengan realme GT Neo3 di mana ia akan dilengkapi skrin AMOLED 6.7 inci 120Hz, pengecasan pantas 150W, bateri 4,500mAh dan kamera utama 50MP dengan penstabilan imej optikal.

    OnePlus Nord CE 2 Lite 5G pula mungkin dilengkapi cipset Snapdragon 695, skrin LCD berukuran 6.58 inci dengan kadar 120Hz, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 33W dan kamera utama 64MP. Sebelum ini, OnePlus Nord CE 2 5G telah pun dilancar di Malaysia pada harga RM1,499.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana produk OnePlus ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo Y100 5G dalam warna oren akan dilancar untuk pasaran Malaysia

    vivo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y100 5G pada bulan Februari lalu yang ditawarkan dalam pilihan warna ungu dan...

    PROTON ingin anda teka nama EV pertama mereka untuk peluang menangi RM5,000

    Syarikat automotif tempatan PROTON kini sedang menganjurkan satu pertandingan menarik di mana anda boleh teka dan menyahkod nama untuk model kenderaan elektrik...

    Ulike Air10 dilancar di Malaysia: Peranti IPL singkirkan bulu berharga RM1,699

    Ulike memperkenalkan peranti Intense Pulsed Light (IPL) pertama mereka, Ulike Air10 yang dilengkapi dengan fungsi dwi lampu dan mod SHR yang diinspirasikan...

    HONOR Magic6 Pro kini ditawar dalam warna ungu Cloud Purple

    HONOR Malaysia menawarkan pilihan warna baharu untuk telefon pintar andalan HONOR Magic6 Pro iaitu warna ungu Cloud Purple. Telefon ini menampilkan hiasan...

    Kemas kini One UI 6.1 bawa keupayaan Galaxy AI ke lebih banyak peranti Samsung...

    Peminat Samsung di Malaysia kini boleh menikmati ciri Galaxy AI dengan kemas kini One UI 6.1 terkini yang tersedia pada peranti siri...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X