More

    Selangor lancarkan aplikasi ‘Go Selangor’ untuk tingkatkan pelancongan, kos perbelanjaan RM3 juta

    Kerajaan negeri Selangor melalui Tourism Selangor semalam melancarkan aplikasi ‘Go Selangor’. Aplikasi ini menyediakan akses penuh kepada pelancong untuk produk pelancongan di negeri itu. Ia merupakan satu-satunya aplikasi pelancongan negeri yang terdapat di Malaysia dan diharapkan platform itu dapat membantu meningkatkan ekonomi di Selangor.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata aplikasi itu akan menjadi pusat sehenti maya kepada pelbagai peniaga terdiri daripada pengusaha dan peniaga bagi menggalakkan pelancong menerokai lokasi menarik di Selangor.

    Beliau seterusnya menegaskan pelancaran itu selaras dengan usaha pasukannya dalam mendigitalkan industri pelancongan di Selangor. Pembangunan aplikasi diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari pada 26 November tahun lalu. Aplikasi itu dibangunkan dengan kerjasama Tourplus Technology dengan anggaran kos RM3 juta.

    Seperti yang dilaporkan oleh Selangorkini, Loy Sian berkata aplikasi Go Selangor sangat mudah di mana pelancong boleh membeli tiket, menempah hotel, chalet, homestay, pengangkutan dan pelbagai lagi dengan mudah melalui aplikasi tersebut.

    Setakat ini, terdapat lebih 300 peniaga berdaftar pada aplikasi itu dengan sasaran 100,000 pendaftaran peniaga menjelang akhir tahun 2022. Tiada caj dikenakan untuk tahun pertama bagi peniaga dan pengendali yang ingin mendaftar sebagai peniaga dalam aplikasinya. Yuran tahunan sebanyak RM300 akan dikuatkuasakan bermula dari tahun kedua.

    Pengguna Android kini boleh memuat turun aplikasi Go Selangor melalui Google Play Store. Bagi pengguna iPhone pula, aplikasi tersebut hanya akan tersedia di Apple App Store bermula bulan depan. Apa pendapat anda tentang aplikasi Go Selangor?

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Bernama

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured