More

    HONOR X9, HONOR X7 & HONOR MagicBook dilancar di Malaysia, hadiah percuma bernilai RM936

    Kini, HONOR mengeluarkan dua model baharu untuk siri HONOR X iaitu HONOR X9 dan HONOR X7. Pembeli akan mendapat jaminan tambahan satu tahun bernilai sehingga RM109. Selain itu, HONOR X7 juga boleh didapati pada hanya RM1 dengan melanggani pelan Pascabayar Maxis 98.

    HONOR X9 dilengkapi dengan kamera quad 64MP, sudut lebar 8MP, bokeh 2MP, makro 2MP dan flash LED. Ia mampu menghasilkan imej berkualiti dengan sokongan rakaman video 1080p untuk resolusi 1920×1080. HONOR X9 hadir dengan HONOR SuperCharge 66W bersama bateri 4,800mAh dan menampilkan paparan FullView HONOR 6.81 inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz.

    HONOR X9 dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 680 dengan HONOR RAM Turbo. Pembeli boleh dapatkan peranti dalam warna Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black pada harga RM1,099.

    Dengan bateri ultra besar 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 22.5W, HONOR X7 membolehkan strim video dalam talian selama 20 jam untuk sekali pengecasan. Ia dilengkapi dengan LCD FullView HONOR 6.74 inci, kadar penyegaran semula 90Hz dan nisbah skrin ke badan 90.07% untuk pandangan pandangan yang luas.

    Ia dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 680 dan RAM Turbo HONOR. HONOR X7 boleh didapati pada harga RM699 dalam warna Titanium Silver dan Ocean Blue.

    Akhir sekali, terdapat HONOR MagicBook dengan paparan anti silau IPS 16.1 inci dan sijil cahaya biru rendah TÜV Rheinland untuk pemandangan yang selesa. Dengan cipset AMD Ryzen 7 5800H, ia meningkatkan prestasi sehingga 26 peratus berbanding generasi sebelumnya serta sistem penyejukan pintar yang lebih baik. 

    Prestasi grafik juga dipertingkatkan sehingga 15 peratus untuk bermain game dan memproses fail-fail multimedia. Terdapat versi 16GB + 512 GB dalam warna Space Grey pada harga serendah RM5.88 sehari dengan pelan bayaran ansuran 24 bulan dan kosong peratus faedah serta hadiah percuma bernilai sehingga RM936 termasuk Microsoft Office Personal 360, tetikus tanpa wayar, beg galas komputer riba dan penjagaan bateri selama 1 tahun.

    Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai peranti-peranti di atas di sini atau halaman Facebook HONOR Malaysia. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured