More

    Sambut Hari Raya bersama Xiaomi, nikmati potongan sehingga RM500, hadiah eksklusif dan peluang menangi TV Mi 55″

    Musim perayaan ini, Xiaomi memberi anda tawaran untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh bergaya bersama peranti teknologi terkininya. Oleh itu, melalui tawaran Hari Raya Xiaomi, mereka membuat tawaran istimewa kepada pelanggan dan peminatnya di Malaysia.

    Bermula dari 22 April hingga 15 Mei 2022, pelanggan boleh menikmati hadiah percuma dan diskaun eksklusif untuk pelbagai jenis telefon pintar dan produk lain. Tambahan, pembeli juga berpeluang memenangi Mi TV P1 55-inci atau Mi TV P1 43-inci.

    Diskaun eksklusif adalah untuk produk terpilih termasuk diskaun RM500 apabila mereka membeli Mi TV P1 55 inci dan diskaun RM200 untuk Xiaomi 11T. Semak senarai penuh produk dan diskaun di bawah:

    Selain itu, setiap pembelian produk terpilih juga akan memberi anda ganjaran sama ada baucar KFC RM30 atau RM10 bersama-sama dengan Paket Raya Xiaomi dan hadiah percuma istimewa Raya. Berikut merupakan senarai penuh jumlah diskaun dan hadiah percuma:

    Satu lagi insentif untuk membeli produk terpilih ialah anda juga berpeluang memenangi Mi TV P1 55 inci atau Mi TV P1 43 inci. Apa yang anda perlu lakukan ialah ikuti langkah berikut:

    1. Beli mana-mana telefon pintar dan produk Xiaomi terpilih.
    2. Ambil gambar swafoto dengan prop foto Raya di Kedai Sah Xiaomi di Malaysia.
    3. Kongsi foto ke profil Facebook anda dengan tajuk “Raikan Raya ini dengan Xiaomi kerana… (lengkapkan ayat)” dan sertakan hashtag #XiaomiRaya dan #XiaomiMalaysia.
    4. Nantikan halaman Facebook Xiaomi Malaysia pada 15 Mei 2022 untuk pengumuman pemenang cabutan bertuah.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...