More

    FAS dan YTLC hasilkan Ambulans Pintar 5G pertama Malaysia, tingkatkan kelajuan dan ketepatan semasa kecemasan

    First Ambulance Services Sdn. Bhd. (FAS) dan YTL Communications Sdn. Bhd. (YTLC) mengumumkan perkongsian strategik mereka hari ini yang akan meningkatkan penjagaan kesihatan kecemasan untuk rakyat Malaysia.

    Kerjasama antara kedua-dua syarikat itu bertujuan untuk menyediakan penjagaan kecemasan yang dipertingkatkan melalui perkhidmatan Ambulans Pintar YES 5G yang membolehkan kes penggunaan baharu seperti telemetri jarak jauh diagnostik dan pengimejan selain perkhidmatan teleperubatan berkuasa Realiti Lanjutan (XR).

    Dengan Wi-Fi dalam kenderaan daripada YES Fleet, FAS dapat menghantar maklumat dan diagnostik pesakit ke hospital daripada ambulans. Steven Penafort, Pengarah Urusan FAS mengatakan bahawa sebagai syarikat yang dipacu data, beliau teruja untuk menggunakan jalur lebar yang tinggi dan kependaman rendah sambungan 5G untuk transit data kesihatan.

    Penghantaran maklumat adalah seperti telemetri EKG dan imej ultrasound kepada doktor penjagaan kecemasan sementara ambulans sedang dalam perjalanan ke hospital untuk meningkatkan masa rawatan secara mendadak dan kesediaan hospital untuk menjaga pesakit semasa ketibaan.

    Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications mengatakan bahawa penggunaan 5G membolehkan kemungkinan baharu seperti penstriman masa nyata ultrabunyi dan telemetri EKG yang pertama di Malaysia.

    Prestasi tinggi 5G juga akan membolehkan satu lagi pelaksanaan pertama di Malaysia Extended Reality (XR) untuk membolehkan doktor memberikan panduan masa nyata kepada juruteknik dalam ambulans. Inovasi ini akan meningkatkan kelajuan dan ketepatan penjagaan kecemasan serta menyelamatkan nyawa.

    Kerjasama ini adalah selaras dengan visi Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti keseluruhan perkhidmatan perubatan kecemasan di Malaysia. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured