More

    OnePlus Nord CE 2 Lite 5G akan dilancar pada 28 April 2022

    Pada minggu lepas, OnePlus mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan beberapa produk baharu pada 28 April 2022 di India, namun mereka tidak mengesahkan nama produk yang akan dilancar. Kini mereka mengesahkan bahawa salah satu produk tersebut adalah OnePlus Nord CE 2 Lite 5G.

    Telefon itu telah pun disenarai dalam laman web e-dagang Amazon India, di mana ia memaparkan reka bentuk serta beberapa spesifikasi asas. Telefon itu bakal dilengkapi bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas SuperVOOC 33W, manakala rekaannya mempunyai warna biru Blue Tide.

    OnePlus akan berkongsi maklumat tentang Nord CE 2 Lite 5G secara beransur-ansur, di mana butiran kameranya akan diumum pada 19 April dan skrinnya pula pada 23 April.

    Sebelum ini, Nord CE 2 Lite 5G dikhabarkan bakal dilengkapi skrin FullHD+ 6.59 inci, cipset Snapdragon 695, RAM 6GB atau 8GB, storan 128GB atau 256GB, kamera utama 64MP, dua kamera 2MP dan satu kamera hadapan 16MP.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon OnePlus ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured