More

    Samsung Galaxy M53 5G dilancar pada 22 April: Super AMOLED 6.7″, RAM 6GB & storan 128GB

    Samsung telah mengumumkan telefon pintar Samsung Galaxy M53 5G untuk pasaran Eropah dan Asia terpilih. Kini, syarikat tersebut akan melancarkan Galaxy M53 5G di pasaran India pada bulan ini.

    Mukul Sharma telah berkongsi poster promosi yang mengesahkan bahawa Galaxy M53 5G akan dilancarkan secara rasmi di pasaran India pada 22 April. Peranti menampilkan paparan Infinity-O Super AMOLED 6.7 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran semula 120Hz.

    Ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 900, ditambah dengan RAM 6GB dan storan 128GB, slot kad microSD yang boleh dibesarkan sehingga 1TB. Terdapat empat kamera di bahagian belakang yang merangkumi sensor utama 108MP, sensor ultra lebar 8MP, sensor kedalaman 2MP dan lensa makro 2MP manakala kamera swafoto 32MP di bahagian depan.

    Spesifikasi lain termasuk dwi SIM, Wi-Fi, Bluetooth v5.2, GPS dan sistem pengendalian Android 12 dengan antara muka pengguna tersuai Samsung One UI 4.1 milik syarikat itu sendiri. Telefon ini dikuasakan oleh bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 25W.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured