More

    Tambang tunggangan beca di Melaka kini boleh dibayar melalui Touch ‘n Go e-Wallet

    Jika anda pernah melawat bandar bersejarah Melaka, pasti anda melihat beca yang berwarna-warni di jalan raya. Kini, mereka yang ingin menaiki beca boleh membuat pembayaran menggunakan Touch ‘n Go e-wallet.

    Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata inisiatif itu selaras dengan perkembangan teknologi mesra pengguna dan langkah membendung penularan Covid-19.

    Menurut Bernama, hampir 80 peratus penarik beca di Melaka telah menerima pembayaran melalui Touch ‘n Go e-wallet. Lebih kurang 305 penunggang beca akan dijangka berdaftar menggunakan kaedah pembayaran ini tidak lama lagi.

    Sulaiman berkata kesemua pengayuh beca berdaftar di negeri ini menerima wang tunai RM200 seorang serta barangan makanan sumbangan kerajaan negeri dalam usaha menjaga kebajikan golongan berkenaan.

    Ketua Menteri Melaka memuji inisiatif ini dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah beralih menggunakan aplikasi Touch ‘n Go. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber:  Harian Metro

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...