fbpx
More

    “Escobar Fold 2” sebenarnya hanyalah Samsung Galaxy Fold yang telah diubahsuai

    Sebelum ini kami melaporkan bahawa syarikat milik adik penjenayah terkenal, Pablo Escobar, telah mengeluarkan produk telefon pintar lipat mereka sendiri iaitu Escobar Fold 2. Dengan harga serendah US$399 atau ~RM1,650, ramai yang musykil bagaimana syarikat itu boleh menghasilkan peranti yang begitu canggih dan dijual pada harga murah.

    Namun hari ini kita boleh mengetahui bagaimana Escobar Inc boleh mengeluarkan produk tersebut. Escobar Fold 2 sebenarnya adalah Galaxy Fold yang telah diubahsuai dengan lapisan kertas bewarna keemasan dan latar belakang (wallpaper) dalam skrinnya pula diletakkan dengan gambar Pablo Escobar.

    Pencipta video teknologi di YouTube, Marques Brownlee, telah membeli telefon tersebut dan mendedahkan bahawa telefon keemasan itu sebenarnya adalah Galaxy Fold. Beliau mengikis kertas bewarna emas di bahagian engsel telefon tersebut dan jenama Samsung boleh dilihat pada engsel itu.

    Mungkin anda berfikir ini adalah cara yang baik untuk mendapatkan Galaxy Fold memandangkan harga asalnya boleh mencecah RM8,388! Namun kami menegaskan agar anda tidak membeli dari Escobar Inc ini kerana kemungkinan besar ia adalah scam. Marques sendiri mengalami pelbagai masalah selepas beliau membeli telefon tersebut dalam talian.

    Macam-macam cerita orang sekarang ni ya? Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang kerenah keluarga Escobar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: YouTube

     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 70 dikesan dalam SIRIM, pelancaran di Malaysia dijangka tidak lama lagi

    HUAWEI telah memperkenalkan siri HUAWEI Pura 70 yang terdiri daripada empat peranti berbeza. Walaupun barisan penuh masih belum disahkan untuk pasaran Malaysia,...

    HUAWEI akan lancarkan aplikasi GoPaint, tawarkan pengalaman melukis yang menyeluruh

    HUAWEI bakal melancarkan aplikasi lukisan khas untuk tablet iaitu GoPaint pada 7 Mei 2024. Ia merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh HUAWEI sendiri...

    Ingin cuba Galaxy AI? Datang ke “escape room” Samsung di Semua House KL!

    Samsung Malaysia kini sedang menganjurkan pameran khas Galaxy AI-Volution di Semua House, Kuala Lumpur dan menjemput anda untuk cuba sendiri fungsi Samsung...

    Apple HomePod Gen-2 & HomePod mini akan dilancar di Malaysia pada 10 Mei ini...

    Apabila bercakap mengenai produk audio Apple, kebanyakan rakyat Malaysia lebih mengenali produk AirPods. Siri Apple HomePod yang telah lama wujud selama untuk...

    Harga Infinix GT 20 Pro 5G untuk pasaran Malaysia didedah bermula RM1,299

    Infinix GT 20 Pro 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Mei ini tetapi butiran lanjut masih belum didedahkan oleh syarikat telefon...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X