More

    WhatsApp Business mungkin tawarkan pelan langganan berbayar, sokong 10 peranti dalam satu masa

    Pada tahun lepas, WhatsApp telah memperkenalkan ciri sokongan pelbagai peranti. Ini memudahkan pengguna untuk menggunakan WhatsApp di desktop tanpa telefon utama atau sambugnan internet.

    Ciri sokongan pelbagai peranti ini akan dikembangkan untuk pengguna WhatsApp Business di mana satu nombor boleh disambungkan lebih banyak dengan peranti lain. Dengan cara ini, lebih ramai pekerja dalam satu syarikat boleh menghubungi pelanggan dalam satu masa yang sama.

    Menurut WABetainfo, ia mungkin hadir dengan pelan langganan berbayar untuk pengguna WhatsApp Business. Namun, tiada butiran jelas mengenai hal ini tetapi langganan dikatakan ini boleh menyokong sehingga 10 peranti pada satu masa.

    Yang pastinya, anda juga boleh memilih untuk melanggan ataupun tidak. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured