More

    realme Pad mini dilancar di Malaysia: Skrin LCD 8.7″, bateri 6,400mAh dan dwi-pembesar suara bermula RM599

    Hari ini, realme telah melancarkan telefon pintarnya bersama realme Pad mini baharu mudah alih sesuai untuk tugasan harian, pekerjaan dan tontonan kanak-kanak. Walaupun ia hanya model mini, ia mampu membawa kapasiti bateri sehingga 6,400mAh yang boleh bertahan selama sehari.

    Pengguna boleh menonton YouTube selama 12 jam atau bermainĀ gameĀ selama 8 jam. Pengguna tidak perlu risau kerana ia menyokong pengecasan pantas 18W serta pengecasan berbalik sekiranya telefon realme anda telah kehabisan bateri.

    realme Pad mini menampilkan skrin LCD 8.7 inci, senipis 7.59mm dan hanya 372 gram mudah untuk dibawa kemana-mana. Ia dikuasakan oleh cipset Unisoc T616 teras okta dengan kelajuan jam 2.0GHz. Di samping itu, ia boleh mengendalikan pelbagai tugas secara serentak dengan ciri UFS 2.1.

    Pad mini diperbuat dengan badan aloi aluminium memberikan kualiti premium apabila dipegang. Dengan tontonan lama, pengguna tidak perlu risau kerana peranti ini mempunyai pelbagai mod yang boleh disuaikan seperti mod keselesaan mata, mod membaca, mod gelap, mod cahaya matahari dan mod malam.

    Daripada segi kamera, ia menampilkan kamera AI HD 8MP di bahagian belakang dan kamera HD 5MP di bahagian depan. Ia juga membawa RAM 4GB dan storan 64GB bersama slot mikroSD sehingga 1TB. realme Pad mini turut membawa Adaptive Surround Sound dengan pengiktirafan Dirac untuk sistem audio yang baik.

    Selain itu, ia menyokong sambungan 4G, penguncian AIoT pintar, pemindahan data yang lancar, pencerminan skrin dan bersambung dengan fon telinga secara automatik dalam jarak yang dekat. Model mini ini turut menyokong penyambungan Bluetooth untuk penggunaan papan kekunci serta tetikus.

    Terdapat tiga jenis varian Pad mini iaitu 3GB + 32GB WiFi berharga RM599 (Shopee) daripada RM699, 3GB + 32GB LTE berharga RM699 (Shopee) daripada RM749 dan 4GB + 64GB LTE dengan harga RM799. Ketiga-tiga varian akan membawa warna biru dan kelabu di Shopee mulai 25 April 2022.

    Berikut merupakan spesifikasi ringkas mengenai realme Pad mini:

    "
    "
    • Cipset Unisoc T616
    • Tebal: 7.59mm, berat: 372g
    • Skrin LCD 8.7 inci, 1000nits dengan relosusi 1340 x 800 piksel
    • Kamera belakang 8MP, kamera hadapan 5MP
    • RAM 4GB dan storan 64GB bersama slot mikroSD sehingga 1TB
    • Dua pembesar suara stereo
    • Menyokong sambungan 4G
    • Warna pilihan: Biru dan kelabu
    • Bateri 6,400mAh

    Adakah anda berminat dengan realme pad mini baharu ini? KongsikanĀ pendapat anda diĀ FacebookĀ kami dan nantikan berita seterusnya bersamaĀ Rakan Teknologi Utama Malaysia.Ā 

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured