More

    Samsung Galaxy Z Fold4 mungkin tampilkan kamera utama 108MP

    Menurut pengkhabar berita teknologi Dohyun Kim, Samsung Galaxy Z Fold4 dijangka membawa kamera utama yang akan dinaik taraf kepada sensor 108MP. Ramai yang tertanya-tanya jika modul kamera yang digunakan adalah sama dengan Galaxy S22 Ultra (1/2.55″ ISOCELL HM3 sensor).

    Seorang lagi pengkhabar teknologi @chunvn888 pula berkata kamera pada Z Fold4 adalah hampir sama dengan Samsung Galaxy S22 Ultra selain daripada sensor periskop 10MP. Berkemungkinan besar peranti boleh lipat akan datang ini akan membawa modul ultra lebar 12MP dan telefoto 3x 12MP yang sama daripada telefon utama Galaxy S. 

    Khabar angin baru-baru ini turut meramalkan peningkatan kamera swafoto kepada 10MP daripada sensor 4MP dalam Samsung Galaxy Z Fold3. Galaxy Z Fold4 dijangka menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 1+ yang belum diumumkan serta badan yang lebih nipis dan ringan berbanding peranti sebelum ini tanpa sarung untuk S Pen.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber:  GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured