More

    Saintis UK bangunkan aplikasi telefon pintar yang boleh kesan jangkitan COVID-19

    Walaupun kita telah pun memasuki fasa endemik dalam wabak COVID-19, kita masih lagi perlu berjaga-jaga dan mengamalkan penggunaan ujian kendiri RTK antigen self-test demi memastikan diri kita tidak dijangkiti penyakit tersebut.

    Walau bagaimanapun, sekumpulan saintis di United Kingdom (UK) mungkin bakal membenarkan anda untuk mengesan jangkitan COVID-19 menggunakan telefon pintar sahaja. Mereka telah membangunkan aplikasi bernama ResApp yang menggunakan konsep pembelajaran mesin (machine learning) untuk semak sama ada anda telah dijangkiti atau tidak.

    Aplikasi ResApp berfungsi dengan mendengari bunyi batuk anda, kemudian pembelajaran mesin akan memproses data audio tersebut untuk mengetahui jika anda mempunyai jangkitan COVID-19.

    Dalam fasa ujian, aplikasi itu didapati mempunyai ketepatan 92 peratus untuk mengesan COVID-19 di kalangan pesakit. Pembangun aplikasi itu berharap aplikasi ini boleh mengurangkan kebergantungan terhadap ujian RTK dan PCR, namun masih mengekalkan pengawasan yang tinggi terhadap penyebaran COVID-19.

    Syarikat perubatan juga telah menyatakan hasrat terhadap aplikasi ini. Pada minggu lepas, Pfizer menawarkan USD74.3 juta untuk membeli syarikat yang membangunkan aplikasi ResApp namun setakat ini masih tidak pasti jika Pfizer berjaya memperoleh aplikasi itu.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan aplikasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Daily Mail

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured