fbpx
More

    Mahkamah Brazil arahkan Apple bayar ~RM4,640 kepada pelanggan kerana tidak sertakan pengecas iPhone

    Sejak Apple memutuskan untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak iPhone 12, syarikat teknologi itu dilanda pelbagai kontroversi kerana masih terdapat ramai pelanggan yang menginginkan aksesori itu untuk turut disertakan bersama telefon mereka.

    Kini, seorang hakim di GoiĆ¢nia, Brazil juga berpendapat sedemikian. Mahkamah bandar itu memutuskan bahawa Apple telah melanggar undang-undang perlindungan pengguna Brazil dan syarikat itu perlu menyediakan pampasan setimpal kepada seorang pelanggan kerana tidak menyertakan pengecas bersama iPhone miliknya.

    Menurut hakim Vanderlei Caires Pinheiro, undang-undang pengguna negara itu (CDC) mewajibkan sebuah telefon untuk disertakan bersama pengecasnya. Ia masih dibenarkan untuk dijual secara berasingan, selagi penjualan itu tidak diwajibkan bagi membenarkan telefon itu untuk berfungsi sepenuhnya.

    Beliau menyifatkan tindakan Apple itu sebagai “married sale”, di mana pelanggan terpaksa membelanjakan wang tambahan untuk membeli sebuah pengecas selepas memiliki telefon tersebut. Penjualan ini telah “diwajibkan” oleh Apple kerana sebuah pengecas perlu dimiliki untuk menggunakan iPhone sepenuhnya.

    Susulan daripada keputusan mahkamah itu, Apple diarahkan untuk membayar pampasan sebanyak BRL5,000 (~RM4,640) kepada seorang pelanggan yang telah memfailkan aduan berkenaan.

    Apple sering didenda oleh mahkamah Brazil kerana tidak menyertakan pengecas dalam kotak iPhone. Sebelum ini, mereka pernah didenda sebanyak BRL10.5 juta (~RM7.85 juta) kerana masalah yang sama.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple Insider

     

    Artikel Terkini

    Kerajaan akan beri internet berkelajuan tinggi kepada sekolah bermula Julai 2024

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan akan menyediakan pakej langganan internet jalur lebar berkelajuan tinggi kepada sekolah-sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)...

    KWSP akan sediakan pilihan pindah dana daripada Akaun Fleksibel ke Akaun 1 dan 2

    Awal bulan ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan struktur akaun baharu yang merangkumi Akaun 3 (Akaun Fleksibel) dengan membolehkan ahlinya mengakses...

    Harga Snapdragon 8 Gen 4 dijangka mahal, pengeluar telefon perlu pertimbangkan konfigurasi produk

    Qualcomm bersedia untuk beralih kepada teras Oryon suainya dengan pengumuman rasmi Snapdragon 8 Gen 4 yang dijangka berlaku pada bulan Oktober. Peralihan...

    Siri POCO F6 akan dilancar pada 23 Mei 2024, mungkin Redmi K70 yang dijenamakan...

    POCO bakal melancarkan siri telefon pintar POCO F6 dan POCO F6 Pro pada hari Khamis, 23 Mei 2024. Syarikat teknologi itu sebenarnya...

    RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan pada tahun ini

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sebelum tahun ini berakhir. Pihaknya masih...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X