Siri OPPO K10 5G telah dilancarkan di China membawa siri gaming dengan kerjasama Razer. Terdapat dua peranti yang dilancarkan iaiatu OPPO K10 5G dan OPPO K10 Pro.
OPPO K10 5G dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8000 MAX (versi underclocked Dimensity 8100 pada realme GT Neo 3 dan Redmi K50). Kedua-dua cipset memberikan prestasi yang lebih kurang sama tetapi Dimensity 8000 MAX menawarkan ketahanan bateri yang lebih lama untuk gamers bermain game tanpa risau dengan hayat bateri.


Daripada segi sambungan, OPPO telah memasukkan WiFi 6, 5G, RAM LPPDR5 dan storan UFS 3.1 untuk mengelakkan sebarang lag semasa gaming. Ia dilengkapi dengan paparan LCD FHD LTPS 120Hz 6.59 inci dengan kecerahan puncak 600 nits dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 67W.
Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan motor getaran linear paksi X gred andalan untuk menghasilkan getaran haptik berkualiti tinggi. Dengan kerjasama Razer, sistem motor getaran K10 5G membolehkan pengguna menaip seperti papan kekunci mekanikal. Di bahagaian belakang peranti terdapat tri-kamera dengan sensor utama 64MP, lensa sudut ultra lebar 8MP 112° dan lensa makro 2MP serta kamera swafoto 16MP di sebelah kiri paparan.

Seterusnya, OPPO K10 Pro menampilkan cipset andalan Snapdragon 888 serta teknologi penyejukan wap keluli tahan karat untuk memastikan peranti sejuk dan lancar sepanjang masa.
Ia membawa paparan OLED Samsung E4 FHD 120Hz 6.62 inci gred andalan dengan kecerahan standard 500 nits dan kecerahan puncak 1300 nits. Baterinya agak besar berkapasiti 5,000mAh menyokong pengecasan SuperVOOC 80W.


Di bahagian belakang peranti terdapat sensor utama Sony IMX766 yang sama dengan OIS ( pada OPPO Find X5 Pro) menghasilkan gambaran jelas sama ada siang atau malam bersama sensor ultra lebar 8MP, makro 2MP dan kamera swafoto 16MP. Dataran kamera OPPO K10 Pro juga kelihatan melengkung seperti OPPO Find X5 Pro.
Kedua-dua peranti akan dilancarkan dengan ColorOS 12 berdasarkan Android 12. OPPO K10 5G dan K10 Pro akan disediakan dalam warna Midnight Black dan Icy Blue pada 28 April. Harga bagi setiap konfigurasi memori untuk kedua-dua model masing-masing adalah seperti berikut:
Oppo K10 5G:
- 8GB+128GB: 1999 RMB (~RM1,336)
- 8GB+256GB: 2199 RMB (~RM1,469)
- 12GB+256GB: 2499 RMB (~RM1,670)
Oppo K10 Pro:
- 8GB+128GB: 2499 RMB (~RM1,670)
- 8GB+256GB: 2799 RMB (~RM1,871)
- 12GB+256GB: 3199 RMB (~RM2,138)
Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai kehadirannya di Malaysia. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: Gizmochina






