More

    Aplikasi MAE, M2U MY dan laman web Maybank2u mengalami isu perlahan

    Terdapat ramai di kalangan anda yang mengalami isu untuk mengakses aplikasi MAE dan M2U MY. Nampaknya, perkhidmatan pada aplikasi tersebut terputus kira-kira selama dua jam atau lebih.

    Maybank telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa aplikasi MAE dan M2U MY mengalami isu “perlahan untuk memuat turun halaman”. Ini menyebabkan kesukaran untuk membuat pembayaran dalam talian serta log masuk ke akaun anda. Walaupun anda telah log masuk, maklumat akaun dan edompet pada aplikasi MAE anda “kosong” buat sementara waktu. 

    Selain itu, syarikat tersebut juga mengesahkan bahawa laman web Maybank2u serta penggunaan kad debit turut terjejas. Kami akan memerhatikan pemulihan pada aplikasi MAE, aplikasi M2U MY, laman web Maybank2u dan penggunaan kad debit. 

    Pada pukul 2.00 petang hari ini, kebanyakan pengguna aplikasi MAE, MY2U, Maybank2U boleh untuk log masuk untuk membuat sebarang pembayaran. Hal ini telah disahkan oleh pihak Maybank bahawa kesemua perkhidmatan Maybank telah pulih pada pukul 5.00 petang tadi.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Twitter Maybank

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...