More

    Headphone mewah keluaran pertama Montblanc berharga ~ RM 2,531

    Jenama mewah Montblanc membuat satu kelainan dimana jenama itu telah mengumumkan produk terbaru, Headphone wayarles dengan MB1. Seperti yang anda tahu, jenama mewah ini sangat teliti bermula dari pembuatan barangan hingga ke harganya.

    Montblanc MB1 mempunyai hampir semua ciri Headphone wayarles yang anda inginkan. Ia dilengkapi dengan teknologi pembatalan hingarĀ aktif (active noise cancelling), dan mempunyai mod untuk mendengar atau bercakap tanpa anda perlu menanggalkannya daripada kepala ataupun telinga. Ia juga menyokong Google Assistant, tetapi tidak untuk Siri. Ia mampu bertahan untuk penggunaan 20 jam dengan sekali pengecasan.

    Sumber gambar dari engadget
    Sumber gambar dari engadget

    Montblanc MB1 ini dihiasi dengan warna emas atau perak di sekelilingnya, bergantung pada kombinasi warna yang anda suka. Apabila tidak digunakan, Headphone ini boleh dilipat dan disimpan di dalam bekasnya yang tersendiri. Ianya dijual pada harga US $ 595 (~ RM 2,531).

    Syarikat ini tidak asing lagi dalam dunia jam tangan pintar sepanjang perjalanannya bermula tahun 2017. Adakah anda penggemar barangan mewah Montblanc? Apa pandangan anda tentang Headphone keluaran darpiada jenama terkenal itu? Luahkan pendapat anda di lamanĀ FacebookĀ dan teruskan bersamaĀ Rakan Teknologi Utama MalaysiaĀ untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : engadget

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured