More

    Siri vivo X80 bakal dilancar di Malaysia pada 8 Mei 2022: Tampilkan pengimejan V1+

    Tidak lama lagi, siri vivo X80 akan dilancarkan di pasaran China. Bukan itu sahaja, vivo turut mengumumkan bahawa telefon pintar andalannya akan tiba di Malaysia juga.

    Menurut vivo Malaysia, siri vivo X80 dibangunkan bersama ZEISS akan dilancarkan pada 8 Mei 2022 pada hari Ahad. Buat sementara ini, tiada sebarang infromasi mengenai strim langsung pada hari tersebut tetapi berkemungkinan besar akan disiarkan. Selain melancarkan telefon, syarikat tersebut akan menyiarkan filem pendek yang sepenuhnya dirakam sepenuhnya menggunakan siri vivo X80.

    Daripada segi ciri, siri X80 akan mempunyai pemproses pengimejan V1+ baharu yang dibangunkan bersama dengan MediaTek. Sebagai pengganti kepada V1, V1+ dikatakan membawa penambahbaikan pada warna imej, potret dan mod lain dengan perincian baharu yang jelas dan bertekstur. vivo juga mendakwa bahawa V1+ boleh digunakan untuk game mudah alih dengan grafik yang lebih baik.

    Selain itu, siri X80 akan tersedia di Malaysia dalam warna Urban Blue dan Cosmic Black. Adakah anda tidak sabar untuk melihat kuasa pengimejan siri vivo X80? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured