fbpx
More

    vivo S15e dilancar: Exynos 1080, AMOLED 6.44″ 90Hz dan pengecasan 66W bermula ~RM1,330

    Samsung Exynos 1080 telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 2020 dan ia menggunakan proses EUV 5nm dan berdasarkan sistem unit pemprosesan pusat (CPU) tiga klusternya. CPU lapan terasnya menggabungkan teras Arm Cortex-A78 dengan prestasi maksimum 2.8GHz, tiga teras 2.6GHz Cortex-A78 berprestasi tinggi dan empat teras 2.0GHz Cortex-A55.

    GPU Exynos 1080 juga menggunakan teras Mali-G78 MP10 daripada ARM. vivo S15e dilengkapi dengan bateri 4700mAh, menyokong pengecasan pantas 66W dan mengecas 50% dalam 18 minit. Selain itu, ia hadir dengan skrin titisan air (waterdrop) AMOLED 6.44 inci 90Hz dan gamut warna 100% DCI-P3.

    Bahagian belakangnya terdapat kamera utama 50 megapiksel dan sudut ultra lebar 13MP dan makro 2MP serta kamera swafoto 50MP. Tambahan, antara mukanya menggunakan sistem OriginOS Ocean dan menyokong fungsi NFC. Badan telefon ini menggunakan proses penyaduran baldu nano dengan ketepatan litografi 6.5 mikron.

    Harga bagi vivo s15e untuk varian 8GB+ 128GB ialah 1999 yuan (~RM1,330), varian 8GB+256GB pula 2299 yuan (~RM1,530) dan varian 12GB+256GB berharga 2499 yuan (~RM1,660). Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    PM lancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus, galakkan pembangunan pantas dalam ekosistem AI

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia perlu bergerak pantas dalam membina ekosistem yang memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan...

    Ulasan OPPO A60 – Telefon murah tapi tahan lasak!

    OPPO bukan lagi jenama telefon pintar yang asing di Malaysia. Selain menawarkan telefon tercanggih dalam siri OPPO Find, mereka turut menawarkan telefon...

    Telegram sedia bantu kerajaan menangani isu cetak rompak digital – Fahmi Fadzil

    Telegram bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk memerangi cetak rompak digital yang berleluasa di platformnya, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Tambahnya,...

    OPPO Football Fever Mid-Year Sale tawarkan diskaun sehingga RM200!

    Sempena kehangatan Liga Juara-Juara UEFA yang sedang berlangsung, OPPO telah mengumumkan Football Fever Mid-Year Sale untuk 2024 dengan membawakan pelbagai promosi menarik...

    CelcomDigi beri laporan program integrasi dan pemodenan rangkaian di Malaysia

    Menurut CelcomDigi, mereka telah menyelesaikan 44% daripada program integrasi dan pemodenan rangkaian seluruh negara (NIM). Kerja-kerja ini mengambil masa lebih awal daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X