More

    Xiaomi GamePad Elite Edition dilancar: “Gaming controller” wayarles dengan giroskop 6 paksi bermula ~RM218

    Pada hari Isnin lalu, Xiaomi mengumumkan controller Edisi GamePad Elite yang dilengkapi dengan kawalan somatosensory dan menyokong platform Steam.

    Controller Xiaomi GamePad Elite Edition hadir dalam warna putih dan menampilkan kekunci kawalan A/B/X/Y. Kekunci telah diuji secara menyeluruh dengan sekurang-kurangnya 1,000,000 tekanan.

    Ia hadir dengan dua kayu bedik (joysticks) besar dan mempunyai butang pencetus (trigger) linear. Controller mempunyai sensor giroskop 6 paksi InvenSense dengan kawalan somatosensory untuk pengalaman gaming yang lebih mengasyikkan.

    Ia menyokong komputer Windows dan platform gaming Steam. GamePad boleh disambungkan secara wayarles dengan Bluetooth v5.0 dan hadir dengan penerima wayarles 2.4G. Ia juga mempunyai cip Nordic yang memastikan ia mempunyai sambungan yang lancar.

    Menarik sekali, ia juga boleh disambungkan ke TV pintar, telefon Android dan juga tablet Android. Dengan pendakap eksklusif, anda boleh melekatkan controller pada telefon pintar anda. Controller ini berharga CNY 399(~RM265) tetapi ia akan turut dijual secara biayasama (crowdfunding) dengan harga CNY 329 (~RM218) yang akan bermula pada 27 April di China.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber:  Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...