More

    OnePlus 10R dan Nord CE 2 Lite 5G dilancar: Cipset Dimensity 8100-Max & pengecasan 150W bermula ~RM1,252

    Pada hari ini, OnePlus mengumumkan OnePlus 10R dan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G. OnePlus 10R merupakan varian global OnePlus Ace yang dilancarkan di China minggu lepas (dan realme GT Neo3 sebelum itu). Ia hadir dalam dua varian dengan pengecasan dan bateri yang berbeza.

    OnePlus 10R pertama membawa pengecasan SUPERVOOC Endurance Edition 150W dengan bateri 4,500mAh dan pengecas USB-C 150W. Pengecasan selama 3 minit boleh meningkatkan kuasa bateri 1% kepada 30% dan daripada 1% kepada 100% dalam masa 17 minit sahaja.

    10R kedua pula membawa SUPERVOOC 80W dengan bateri 5,000mAh  yang mengecas dari 1% hingga 100% dalam masa 32 minit. Kedua-dua versi OnePlus 10R mempunyai cip pengecasan pintar tersuai (Customizded Smart Charging Chip).

    Ia mempunyai algoritma kesihatan bateri pintar dan teknologi penyembuhan (Smart Battery Health Algorithm and Healing Technology) memastikan SUPERVOOC Endurance Edition 150W akan mengekalkan 80% kapasitinya selepas 1,600 kitaran pengecasan (dua kali ganda standard industri, 800 kitaran).

    OnePlus 10R menggunakan cipset MediaTek Dimensity 8100-Max membawa teras Cortex-A78 yang mencapai 2.85GHz lebih pantas daripada kelajuan jam 2.75GHz cip biasa. Ia membawa RAM LPDDR5 8GB atau 12GB dan sehingga storan UFS 3.1 256GB. 10R mempunyai sistem penyejukan pasif 3D untuk prestasi yang lancar.

    OnePlus 10R mempunyai skrin AMOLED 6.7 inci 1080x2412px dengan kadar penyegaran 120Hz (boleh berubah 60Hz hingga 90Hz, sehingga 120Hz bergantung pada situasi) dan kadar tindak balas sentuhan 730Hz. Kamera belakangnya menampilkan 50MP f/1.8 dengan penderia Sony IMX766 1/1.56″ bersama fokus PDAF (utama), ultra lebar 8MP, makro 2MP dan kamera swafoto 16MP.

    OnePlus 10R menggunakan OxygenOS 12.1 berdasarkan Android 12 dengan 3 kemas kini OS utama dan 4 tahun kemas kini keselamatan. Peranti ini akan mula dijual melalui tapak web OnePlus, Amazon, kedai Reliance, kedai Chroma dan kedai rakan kongsi terpilih mulai 4 Mei pada tengah hari. 

    Versi 80W berharga INR 38,999 (~RM2,219) untuk varian 8/128GB dan INR 42,999 (~RM2,447) untuk varian 12/256GB. Versi 150W 10R hadir dalam Sierra Black dan 12/256GB sahaja berharga INR 43,999 (~RM2,504).

    "
    "

    OnePlus Nord CE 2 Lite 5G menampilkan cipset Snapdragon 695 menggantikan cipset Dimensity 900 daripada Nord CE 2 standard. Perubahan lain termasuk paparan IPS LCD (120Hz) 6.58 inci serta bahagian kamera belakang yang membawa sensor utama 64MP dan dua sensor 2 MP. Tidak dilupakan juga kamera hadapan 16MP.

    Ia membawa bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan SUPERVOOC 33W. OnePlus Nord CE 2 Lite 5G mula dijual melalui OnePlus, Amazon, Reliance, Chrome dan peruncit rakan kongsi pada 30 April ini dengan harga INR 19,999 (~RM1,138) untuk varian 6/128GB dan INR 21,999 (~RM1,252) untuk varian 8/128GB.

    Bilakah ketibaan peranti ini di Malaysia? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber:  GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured