Samsung Electronics mengumumkan kad mikroSD baharunya iaitu Samsung PRO Endurance. Ia direka untuk memenuhi permintaan ketat kamera pengawasan, kamera papan pemuka, kamera loceng pintu, kamera badan dan banyak lagi. Kad ini menawarkan daya tahan yang lebih baik dan prestasi cemerlang untuk tangkapan dan main balik berterusan.
Ia dibina dengan memori flash NAND gred-perusahaan (enterprise-grade) Samsung yang menyampaikan sehingga 16 tahun (140,160 jam) masa rakaman berterusan untuk memastikan setiap detik kritikal ditangkap. Ini bermakna satu kad PRO Endurance boleh bertahan selama sehingga 33 kad fokus kelajuan biasa menjimatkan kos penggantian dan kebolehpercayaan untuk pemantauan video sentiasa hidup (always-on).

Kad memori baharu Samsung turut menawarkan kelajuan baca dan tulis sehingga 100MB/s dan 40 MB/s,3. Ia dinilai Kelas 10 dengan penilaian kelajuan video sehingga U3 (Kelajuan UHS Kelas 3) dan V30 (Kelas Kelajuan Video 30) menjadikannya sesuai untuk mengendalikan fail beresolusi tinggi dalam HD Penuh dan 4K.
PRO Endurance juga menawarkan enam ketahanan Samsung iaitu kalis air, magnet, sinar-X, suhu yang melampau dan kalis jatuh. Terdapat empat kapasiti storan berbeza iaitu 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB dengan harga runcit cadangan pengeluar (MSRP) antara $10.99 (~RM47) untuk 32GB hingga $54.99 (~RM238) untuk 256GB.


PRO Endurance boleh didapati di seluruh dunia mulai 3 Mei. Ketahui maklumat lanjut di laman web rasmi Samsung. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: Samsung Newsroom







