More

    Motorola Edge 30 akan dilancar pada 12 Mei 2022

    Motorola telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan telefon terbaharu, Motorola Edge 30, pada hari Khamis, 12 Mei 2022 di India. Syarikat itu mengatakan Motorola Edge 30 bakal menjadi telefon pintar 5G yang ternipis dalam dunia.

    Motorola Edge 30 dilengkapi cipset Snapdragon 778G+, skrin OLED FullHD+ berukuran 6.5 inci dengan kadar 144Hz, RAM 8GB, storan dalaman 128GB atau 256GB, sistem operasi Android 12, bateri 4,020mAh, pengecasan pantas 33W dan rating kalis air IP52.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar 50MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP.

    Sebelum ini, Motorola Edge 30 Pro telah pun dilancar di Malaysia dan dijual pada harga RM2,699. Setakat ini masih tiada maklumat jika Motorola Edge 30 akan dilancar untuk pasaran Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured