fbpx
More

    JPJ terima 245 e-Aduan sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menerima 245 aduan berkaitan salah laku trafik sepanjang pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung pada 28 April hingga 8 Mei 2022. Aduan tersebut difailkan oleh orang awam kepada JPJ melalui portal e-aduan@JPJ atau emel [email protected].

    Wakil JPJ mengatakan kebanyakan aduan turut disertakan bersama bukti bergambar dan video yang menunjukkan kesalahan seperti memotong barisan dan melalui lorong kecemasan. Buat masa ini, separuh daripada aduan tersebut telah pun diambil tindakan manakala selebihnya masih dalam siasatan.

    Aduan yang dihantar melalui portal e-aduan akan mengambil masa 48 hingga 72 jam untuk diselesaikan. JPJ berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang melaporkan salah laku trafik melalui portal tersebut.

    Aplikasi e-aduan boleh dimuat turun daripada Google Play Store untuk pengguna telefon Android dan pengguna perlu mengaktifkan GPS dalam telefon bagi membantu pengesanan lokasi. Aduan juga boleh dihantar melalui emel kepada [email protected].

    Sementara itu, JPJ turut mengenakan saman kepada 18,690 pengguna jalan raya sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri. Kebanyakannya melibatkan kesalahan tidak mempunyai lesen memandu sah serta cukai jalan yang telah tamat tempoh.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Google membayar Apple ~RM95 bilion pada 2022 kerana jadi enjin carian utama peranti

    Google membayar Apple $20 bilion (~RM95 bilion) pada 2022 untuk menjadi enjin carian utama bagi Safari pada iPhone, iPad dan Mac, lapor...

    Acer Nitro V 16 dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” mampu milik bermula RM4,899

    Pada hari ini, Acer Malaysia memperkenalkan komputer riba gaming mampu milik Acer Nitro V 16 iaitu komputer Nitro pertama yang dilengkapi pemproses...

    realme 12x 5G dilancar di Malaysia: Skrin 6.67″ 120Hz, Dimensity 6100+, kamera utama 50MP...

    Pada hari ini, realme Malaysia melancarkan satu lagi telefon dalam siri realme 12 iaitu realme 12x 5G. Ia merupakan varian yang paling...

    vivo V30e dilancar di Malaysia: Kamera Sony IMX882 50MP dan Aura Light 3.0 berharga...

    vivo memperkenalkan inovasi terbarunya, vivo V30e di Malaysia hari ini, menjanjikan gabungan reka bentuk berteknologi tinggi dan prestasi terunggul. Reka bentuknya menampilkan...

    Infinix GT 20 Pro rasmi di Malaysia: Dimensity 8200 Ultimate, skrin 144Hz dan LED...

    Infinix melancarkan GT 10 Pro pada Ogos tahun lepas sebagai telefon pintar permainan pertamanya. Hari ini, sebagai pengganti GT 10 Pro, Infinix...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X