More

    Sony lancarkan jam pintar Wena 3 edisi Ultraman: Pra-tempah untuk 1,000 unit sahaja pada ~RM2,288

    Filem adiwira Jepun Shin Ultraman akan ditayangkan pada 13 Mei selepas penangguhan yang lama disebabkan oleh wabak COVID-19 yang sepattnya ditayangkan pada 2021. Menjelang keluaran, Sony Corporation telah melancarkan edisi terhad Ultraman iaitu jam tangan pintar Wena 3.

    Sony Wena 3 edisi Ultraman hanya dikeluarkan sebanyak 1,000 unit dan akan dijual di seluruh dunia. Jam tangan itu sudah disenaraikan di laman web Sony Jepun untuk tempahan. Harganya 68,200 yen (~RM2,288) agak tinggi dan tidak akan dikeluarkan sehingga 7 November 2022. 

    Daripada segi penampilan, edisi Wena 3 Ultraman menggunakan bingkai logam kelabu perak dengan reka bentuk dail yang sangat ringkas tetapi bergaya. Tiga jarum jam selaras dengan unsur Ultraman dan angkatan pertahanan dalam “Shin Ultraman”.

    Di bahagian belakang jam tangan adalah logo pasukan pertahanan berserta nombor siri unik. Pengilang menggabungkan bezel berbentuk logam menggambarkan wajah Ultraman dengan gelang getah berkualiti tinggi yang tebal untuk penampilan moden.

    Dail dan mahkota mempunyai motif butang beralun “Kapsul Beta” iaitu barangan yang digunakan oleh Shinji Kaminaga, watak utama dalam filem itu apabila bertukar menjadi Ultraman, manakala jarum jam pula direka dengan bayang lencana SSSP yang dipakai oleh ahli SSSP. Jam tangan juga dilengkapi dengan mekanisme fasa bulan yang memaparkan fasa bulan manakala penutup belakang diukir dengan rantai nama Shinji Kaminaga.

    Ia sudah pasti membawa ciri jam tangan pintar biasa malah boleh dipasangkan dengan telefon pintar dan akan memaparkan pemberitahuan. Ia juga dilengkapi dengan fungsi pemantauan kesihatan dan NFC untuk pembayaran tanpa sentuh.

    Hayat bateri pula boleh bertahan sehingga tiga tahun. Namun begitu, terdapat modul yang direka untuk ciri paparan dan pengesanan yang perlu dicas. Ciri ini boleh bertahan sehingga 24 jam pada satu pengecas.

    Adakah anda berminat dengan jam tangan Sony Wena 3 Ultraman? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured