More

    Kerajaan lancarkan Pengkomputeran Awan MyGovCloud untuk naikkan mutu perkhidmatan awam

    Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam, kerajaan telah menaik taraf perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) kepada perkhidmatan Pengkomputeran Awan yang dikenali sebagai MyGovCloud. Perkhidmatan ini akan bergabung dengan Private Cloud dalam PDSA dan Public Cloud daripada penyedia perkhidmatan awan (cloud service provider, CSP) yang dilantik oleh kerajaan.

    Dalam majlis pelancarannya semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyaksikan pertukaran dokumen Perjanjian Kerangka Awan (CFA) di antara Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan CSP dan syarikat Bumiputera Managed Service Provider (MSP) tempatan.

    Beliau mengatakan perkhidmatan PDSA telah dinaik taraf kepada perkhidmatan pengkomputeran awan khusus untuk kegunaan seluruh agensi kerajaan. Ini adalah selari dengan inisiatif Kelima di bawah Teras 1 Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) yang menyasarkan 80 peratus penggunaan storan Pengkomputeran Awan merentas sektor awam pada tahun ini.

    Penglibatan CSP dan MSP itu dijangka akan membuka potensi pelaburan dalam negara bernilai RM12 bilion hingga RM15 bilion sehingga 2025. Ia bakal menjadi tulang belakang kepada pembentukan ekosistem digital yang boleh menjadikan Malaysia sebagai hab digital utama di rantau ASEAN.

    Pelaksanaan CFA ini akan membenarkan agensi awam untuk menikmati perkhidmatan awan yang lebih baik, cepat, cekap dan bersasar pada harga yang kompetitif, menerusi tawaran diskaun pukal oleh CSP dan MSP.

    Kontrak CFA itu melibatkan empat syarikat CSP iaitu Amazon Web Services Malaysia Sdn Bhd, Google Cloud Malaysia Sdn Bhd, Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Bhd.

    Empat syarikat MSP pula terdiri daripada Cloud Connect Sdn Bhd, Enfrasys Solutions Sdn Bhd, Radmik Solutions Sdn Bhd dan Awantec System Sdn Bhd.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured