More

    K-KOMM: Jenama dan pembekal tablet PerantiSiswa akan diumum minggu hadapan

    Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa tablet PerantiSiswa adalah daripada jenama terkenal di pasaran dan bukannya berkualiti rendah. Tambahan, Tan Sri Annuar Musa selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) turut mendedahkan semalam bahawa jenama dan pembekal tablet itu akan diumumkan minggu depan.

    Annuar seterusnya menegaskan bahawa tablet itu akan diterima oleh kumpulan pertama pelajar pada minggu kedua bulan Julai. Bagaimanapun, tempoh tersebut juga bergantung kepada proses penghantaran pembida terpilih untuk program PerantiSiswa Keluarga Malaysia. Seperti yang dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama, K-KOMM merancang untuk pelancaran pertama adalah 30 hari dari tarikh permohonan.

    Bagi pelancaran kedua untuk tablet, ia akan dibuat pada bulan Ogos atau 60 hari selepas proses permohonan bagi mereka yang lewat membuat permohonan dan untuk kes rayuan. Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah dibuka pada bulan lepas pada 15 April. Ia akan memanfaatkan 350,000 pelajar B40 di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA), politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

    Bajet berjumlah RM450 juta telah diperuntukkan kepada program itu oleh kerajaan persekutuan sebanyak 350,000 unit tablet. Menteri K-KOMM itu juga berkata berdasarkan nasihat jawatankuasa termasuk EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan berdasarkan percubaan terhadap sekumpulan pelajar, kementerian memutuskan adalah lebih baik menyediakan tablet berkualiti tinggi berbanding kualiti rendah.

    Apakah pendapat anda tentang program PerantiSiswa Keluarga Malaysia? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured