More

    Sony Xperia 1 IV 5G dilancar: SD 8 Gen 1, kamera 4K 120fps, OLED 4K 120Hz bermula ~RM6,470

    Sony telah melancarkan telefon pintar andalan terbaharu di Jepun iaitu Sony Xperia 1 IV dan seperti model Xperia 1 sebelumnya, telefon ini dilengkapi pelbagai spesifikasi yang dikhaskan untuk pengalaman kamera terbaik.

    Xperia 1 IV mempunyai kamera utama 12MP dengan sensor 1/1.7 inci dan penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 12MP dengan OIS dan AF. Untuk kebolehan zum, Xperia 1 IV kini mempunyai kamera telefoto yang boleh melakukan zum optikal daripada 85mm ke 125mm atau 3.5x hingga 5x.

    Butang shutter juga masih dikekalkan dalam Xperia 1 IV. Butang ini bertindak seperti shutter dalam kamera sebenar, di mana pengguna boleh menekan separuh untuk memfokus dan menekan penuh untuk mengambil gambar.

    Fungsi kamera yang ditawarkan dalam kamera telefon ini termasuklah rakaman video 4K pada kadar 120fps, penstabilan Optical SteadyShot dengan FlawlessEye, autofokus EyeAF dam penjejakan objek dalam masa nyata. Ia juga boleh mengambil 20 gambar sesaat sambil mengaktifkan AF/AE dan HDR.

    Untuk swafoto pula, ia mempunyai kamera hadapan 12MP dengan sensor ExmorRS 1/2.9 inci yang membenarkan rakaman 4K HDR pada kadar 30fps.

    Spesifikasi lain dalam telefon ini terdiri daripada komponen tercanggih, seperti skrin AMOLED berukuran 6.5 inci dengan resolusi 4K, nisbah aspek 21:9, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan 50% lebih tinggi berbanding Xperia 1 III, cipset Snapdragon 8 Gen 1, RAM 12GB dan storan 256GB atau 512GB.

    Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 30W yang boleh mengecas 50% dalam masa setengah jam. Perlu diingati bahawa Xperia 1 IV tidak akan disertakan bersama pengecas, menjadikannya telefon Xperia 1 pertama yang dijual sedemikian.

    Telefon ini turut dilengkapi bicu audio 3.5mm dan pembesar suara stereo yang diarah ke hadapan. Untuk sistem audio wayarles, ia menyokong teknologi Bluetoothe LE Audio, LDAC dan 360 Reality Audio dalam lebih banyak aplikasi.

    "
    "

    Skrinnya dibina dengan kaca Gorilla Glass Victus manakala badannya mempunyai rating kalis air IP68/IPX5. Sistem operasinya adalah Android 12 versi asal (stock).

    Sony Xperia 1 IV akan dijual pada harga EUR1,400 (~RM6,470) di Eropah. Harga untuk pasaran Malaysia masih belum diketahui, namun Sony mengatakan telefon ini akan mula dijual di sini bermula bulan Julai 2022. Layari laman web Sony Malaysia untuk maklumat lanjut.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xperia 1 IV dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured