More

    Google Pixel 6a dilancar: Cipset Google Tensor, OLED 6.1″ dan pengecasan 30W bermula ~RM1969

    Google secara rasmi telah melancarkan Google Pixel 6a semasa acara Google I/O awal hari ini. Google Pixel 6a merupakan peranti kelas pertengahan dalam siri A yang popular. Reka bentuknya sama seperti Pixel 6 dan Pixel 6 Pro serta warnanya mempunyai dua tona. Peranti ini dilengkapi cipset Google Tensor.

    Cipsetnya dipadankan bersama RAM LPDDR5 6GB dan storan kilat UFS 3.1 128GB. Pixel 6a menampilkan paparan OLED 6.1 inci dengan resolusi 1080×1920, kadar segar semula 60Hz dan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3. Kamera adalah fokus utama dan Google masih mengekalkan perkakasan kamera yang sama yang digunakan dalam 5A.

    Persediaan dua kamera pada bahagian belakangnya mempunyai kamera utama 12MP + ultra-lebar 12MP dan kamera swafoto 8MP masih memberikan tangkapan gambar yang cantik sama seperti telefon kelas andalan.

    Pixel 6a juga akan menampilkan pengimbas cap jari bawah paparan, bateri 4400mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W, penarafan kalis air dan habuk IP67 serta USB-C. Ciri lain termasuk cip keselamatan Titan M2, Android 12 dan kemas kini keselamatan minimum selama 5 tahun.

    Dengan Pixel 6a, Google juga memutuskan untuk membuang beberapa perkakasan di dalam kotak termasuk bicu audio 3.5mm serta pengecas. Pixel 6a akan dijual mulai Julai dengan harga USD449 (~RM1969). Ia tersedia dalam pilihan warna Chalk, Charcoal dan Sage.

    Seperti biasa, Google tidak akan menjual peranti Pixel 6a secara rasmi di Malaysia. Anda boleh mendapatkannya di pengedar sah di Singapura (yang terhampir). Apakah pendapat anda tentang Pixel 6a?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured