fbpx
More

    vivo S15 Pro muncul di Geekbench, dilengkapi RAM 12GB

    vivo sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan telefon pintar vivo siri S terbaharu. vivo telah melancarkan Vivo S15e dan kini sedang menghasilkan vivo S15 dan vivo S15 Pro. Peranti ini mungkin menggantikan vivo S12 dan vivo S12 Pro. vivo telah mendedahkan beberapa pengacah menjelang pelancarannya pada 19 Mei.

    Baru-baru ini, vivo S15 Pro telah muncul dalam penanda aras Geekbench. Penyenaraian di Geekbench mendedahkan beberapa butiran penting mengenai prestasi peranti ini. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan untuk melihat cipset yang sepadan dengan prestasi Qualcomm Snapdragon 870.

    Peranti ini telah disahkan untuk kedua-dua model vivo S12 dan vivo S12 Pro. Geekbench mengesahkan bahawa telefon ini membawa RAM 12GB dan Android 12. Telefon ini mungkin akan menggunakan antara muka OriginOS Ocean di China dan Funtouch OS 12 untuk versi global.

    vivo S15 Pro mendapat 967 mata dalam ujian teras tunggal dan 3,011 mata dalam ujian berbilang teras. Perlu diingat, walaupun Geekbench menyenaraikan varian RAM 12GB, terdapat juga versi 8GB. Mengikut khabar angin, vivo S15 Pro akan dilengkapi skrin AMOLED 6.59 inci dengan resolusi HD+ Penuh dan kadar penyegaran 120Hz.

    Terdapat juga potongan lubang tebuk di bahagian atas untuk kamera swafoto. Selain itu, telefon ini mempunyai kamera utama 108 MP. vivo S15 versi standard mungkin akan mempunyai dengan skrin OLED 6.62 inci dengan kadar penyegaran 90Hz atau 120Hz, Qualcomm Snapdragon 870 dan bateri 4,580mAh dengan pengecasan pantas 80W.

    Bateri vivo S15 Pro pula berkapasiti 4,400mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W. Peranti ini akan hadir dalam tiga pilihan warna iaitu biru, hitam dan emas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Google membayar Apple ~RM95 bilion pada 2022 kerana jadi enjin carian utama peranti

    Google membayar Apple $20 bilion (~RM95 bilion) pada 2022 untuk menjadi enjin carian utama bagi Safari pada iPhone, iPad dan Mac, lapor...

    Acer Nitro V 16 dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” mampu milik bermula RM4,899

    Pada hari ini, Acer Malaysia memperkenalkan komputer riba gaming mampu milik Acer Nitro V 16 iaitu komputer Nitro pertama yang dilengkapi pemproses...

    realme 12x 5G dilancar di Malaysia: Skrin 6.67″ 120Hz, Dimensity 6100+, kamera utama 50MP...

    Pada hari ini, realme Malaysia melancarkan satu lagi telefon dalam siri realme 12 iaitu realme 12x 5G. Ia merupakan varian yang paling...

    vivo V30e dilancar di Malaysia: Kamera Sony IMX882 50MP dan Aura Light 3.0 berharga...

    vivo memperkenalkan inovasi terbarunya, vivo V30e di Malaysia hari ini, menjanjikan gabungan reka bentuk berteknologi tinggi dan prestasi terunggul. Reka bentuknya menampilkan...

    Infinix GT 20 Pro rasmi di Malaysia: Dimensity 8200 Ultimate, skrin 144Hz dan LED...

    Infinix melancarkan GT 10 Pro pada Ogos tahun lepas sebagai telefon pintar permainan pertamanya. Hari ini, sebagai pengganti GT 10 Pro, Infinix...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X