fbpx
More

    vivo S15 dan S15 Pro dilancar: Dimensity 8100, AMOLED 6.56″ dan kamera 50MP bermula ~RM1,765

    Siri S15 membuat debutnya bulan lepas dengan vivo S15e dan kini ia telah melancarkan dua model baharu iaitu vivo S15 dan S15 Pro. Kedua-dua telefon mempunyai paparan AMOLED 120Hz buatan Samsung dan bateri pengecasan pantas. Kedua-dua model S15 didatangkan dengan antara muka OriginOS Ocean berdasarkan Android 12.

    vivo S15 Pro

    vivo S15 Pro dilengkapi Dimensity 8100 yang dipasangkan bersama sistem penyejukan dan mampu menurunkan suhu cipset sebanyak 1.2°C. Terdapat juga cip tambahan iaitu Gaming Graphics Core Pro untuk membantu GPU Mali-G610 MC6 menjalankan game pada kadar bingkai yang konsisten.

    Telefon ini mempunyai paparan AMOLED 6.56 inci dengan resolusi 1,080 x 2,376px (19.8:9), kadar penyegaran 120Hz dan pensampelan sentuh 300Hz sehingga 1,000Hz. Puncak kecerahannya sehingga 1,500 nits dan menjanjikan penentukuran warna yang sempurna serta sokongan HDR10+.

    Terdapat motor linear paksi X dan 500 pratetap untuk maklum balas haptik. vivo membina telefon ini dengan liputan antena 360° termasuk dwi Wi-Fi dan antena Bluetooth untuk sambungan tanpa gangguan.

    vivo S15 Pro menampilkan kamera utama 50MP Sony IMX766V sensor 1/1.56” dengan piksel 1.0µm dan Penstabilan Imej Optik (OIS) serta apertur f/1.9. Selain itu, terdapat juga kamera sudut ultra-lebar 12MP (116° FoV) dan kamera kedalaman 2MP. Bahagian hadapannya terletak kamera swafoto 32MP (f/2.45).

    Baterinya berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W. Ia boleh mencecah 70% pengecasan dalam 18 minit dan 100% dalam 35 minit sambil mengekalkan kesejukan kerana teknologi pengecasan yang sangat cekap (98.5%).

    Terdapat dua pilihan warna iaitu biru dan hitam. Harga bagi varian 8/256GB ialah CNY 3,400 (~RM2,225) manakala 12/256GB berharga CNY 3,700 (~RM2,420).

    vivo S15

    vivo S15 dilengkapi cipset Snapdragon 870 yang dipasang bersama teknologi memori VMET dan teknologi kuasa penyejukan ruang wap menjanjikan penurunan suhu 1.2°. Ia memuatkan paparan AMOLED 120Hz bersaiz 6.62 inci dengan resolusi 1,080 x 2,400px (20:9), puncak kecerahan 1,300 nits, menyokong HDR10+ dan penentukuran warna yang sempurna.

    Kamera utama pada vivo S15 menampilkan sensor 64MP (1/1.72”) dengan apertur f/1.9 dan OIS. Di sebelahnya ialah kamera ultra-lebar 8MP dengan 120° FoV dan sensor kedalaman 2MP. Bahagian hadapannya terdapat kamera swafoto 32MP. Telefon ini mempunyai kapasiti bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan 66W. Ia boleh mengecas 0 hingga 50% dalam masa 18 minit.

    vivo S15 untuk varian 8/128GB berharga CNY 2,700 (~RM1,765), 8/256GB berharga CNY 3,000 (~RM1,960) manakala 12/256GB berharga CNY 3,300 (~RM2,160).

    Adakah anda berminat dengan mana-mana peranti dalam siri vivo S15? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Kad Visa TNG eWallet tawarkan ‘markup’ 0% untuk transaksi luar negara

    Touch 'n Go eWallet (TNG eWallet) menawarkan pilihan pembayaran rentas sempadan yang lancar untuk pengembara, membolehkan mereka menggunakan sama ada pembayaran QR...

    Acer Chromebook Plus 514 dilancar: Intel Core i3-N305 & skrin FHD 14″ berharga ~RM1,671

    Acer telah melancarkan Acer Chromebook Plus 514, tambahan kepada barisan Chromebook Plus yang menekankan prestasi, mudah alih dan ketahanan. Dengan paparan FHD...

    MSI Claw berikan diskaun RM250 sehingga akhir Mei 2024 dengan pemacu BIOS dan GPU...

    MSI mengumumkan peningkatan ketara dalam prestasi permainan tangannya, Claw dengan pemacu BIOS dan GPU baharu. Claw kini memberikan peningkatan sehingga 150% dalam...

    vivo Y36s dikesan dalam senarai Google Play Console, pelancaran global mungkin tidak lama lagi

    vivo sedang bersiap sedia untuk pelancaran global telefon pintar terbaharunya, vivo Y36s yang nampaknya merupakan versi penjenamaan semula vivo G2 yang dikeluarkan...

    Siri HUAWEI Pura 70 dikesan dalam SIRIM, pelancaran di Malaysia dijangka tidak lama lagi

    HUAWEI telah memperkenalkan siri HUAWEI Pura 70 yang terdiri daripada empat peranti berbeza. Walaupun barisan penuh masih belum disahkan untuk pasaran Malaysia,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X