fbpx
More

    Siri OPPO Reno8 dilancar: SD 7 gen 1, AMOLED 120Hz dan Sony IMX766 50MP bermula ~RM1,650

    Selepas beberapa minggu tersebar khabar angin dan laporan, OPPO akhirnya melancarkan tiga siri telefon pintar OPPO Reno8. OPPO Reno8 membawakan cipset MediaTek Dimensity 1300 dan pengecasan 80W, varian Pro memperkenalkan cipset baharu Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 manakala varian Pro+ hadir dengan cipset Dimensity 8100 Plus.

    Ketiga-tiga telefon ini mempunyai paparan AMOLED, kamera utama 50МP dan bateri 4,500 mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 80W walaupun varian Pro menambah beberapa ciri menarik seperti kamera yang dinaik taraf dan MariSilicon X NPU.

    Reno8 Pro+

    Reno8 Pro+ memaparkan skrin OLED 6.7 inci 120Hz dengan potongan lubang tebuk untuk kamera swafoto 32MP. Kamera swafotonya juga dilengkapi keupayaan autofokus. Kelainan lain yang terdapat pada varian ini ialah reka bentuknya yang mempunyai bezel nipis berukuran 2.37mm untuk atas dan bawah manakala bahagian tepi berukuran hanya 1.4mm. OPPO mendakwa ia adalah telefon paling nipis bezelnya setakat ini.

    Selain itu, ia hadir dengan cipset Dimensity 8100 Max, RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 256GB. Bahagian belakang menempatkan sensor Sony IMX766 50MP (1/1.56″, 1.0 µm) bersama-sama MariSilicon X NPU yang menjanjikan pengurangan noise AI yang lebih baik dan video malam ultra 4K. Kamera kedua di bahagian belakang ialah ultra-lebar 8MP manakala yang ketiga ialah kamera makro 2MP.

    OPPO Reno8 Pro+ menggunakan antara muka ColorOS 12.1 berasaskan Android 12 dan bateri berkapasiti 4,500 mAh dengan sokongan pengecasan SuperVOOC 80W. Ia tersedia dalam warna kelabu, hitam dan hijau. Varian 8/256GB dijual pada harga CNY 3,699 (~RM2,440) manakala varian 12/256GB berharga CNY 3,999 (~RM2,640).

    Reno8 Pro

    Oppo Reno8 Pro ialah telefon pertama yang diumumkan secara komersial dengan cipset serba baharu Qualcomm iaitu Snapdragon 7 Gen 1. Cipset siri 7 baharu dibina pada proses 4nm dengan kluster CPU Kryo yang mencatatkan sehingga 2.4Ghz bersama GPU Adreno 662. OPPO turut membawakan MariSilicon X NPU dan sensor bagi kamera utama Sony IMX766 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

    Reno8 Pro dilengkapi paparan AMOLED 6.62 inci dengan kadar penyegaran 120Hz, kamera swafoto 32MP, ColorOS 12.1 berasaskan Android 12 serta bateri berkapasiti 4,500 mAh dengan pengecasan SuperVOOC 80W.

    Reno8 Pro hadir dalam warna biru, hitam dan gradient. Varian 8/128GB berharga CNY 2,999 (~RM1,980), varian 8/256GB berharga CNY 3,199 (~RM2,110) dan varian 12/256GB berharga CNY 3,499 (~RM2,310).

    Reno8

    Reno8 merupakan telefon yang paling murah dalam sirinya yang hadir dalam varian 8/128GB dengan harga CNY 2,499 (~RM1,650) dan naik kepada CNY 2,999 (~RM1,980) untuk varian 12/256GB. Ia dilengkapi skrin AMOLED 90Hz berukuran 6.43 inci. Bahagian belakang menempatkan kamera utama 50MP bersama sensor monokrom 2MP dan kamera makro 2MP.

    Tambahan, ia hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 1300, bateri berkapasiti 4,500 mAh dengan pengecasan 80W dan antara muka Color OS12.1.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Telefon pintar cipset Snapdragon 8 Gen 4 pertama dijangka dilancar pada pertengahan Oktober

    Qualcomm telah memelihara kerahsiaan mengenai butiran prosesor mudah alih flagship akan datang mereka, Snapdragon 8 Gen 4. Namun, kebocoran dan desas-desus telah...

    Audio ‘lossless’ oleh Spotify dikatakan hampir siap

    Elemen antara muka (UI) yang bocor membayangkan kemungkinan keluaran peringkat audio tanpa kerugian (lossless) Spotify yang telah lama ditunggu-tunggu, menunjukkan ia mungkin...

    Threads benarkan kawalan terhadap siapa yang boleh mengulas ‘post’ anda

    Threads memperkenalkan kawalan baru yang membenarkan pengguna menguruskan siapa yang boleh mengulas kenyataan mereka dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih positif...

    Google Wallet perkenalkan senarai ‘Kaedah Pembayaran’ baharu

    Kemas kini terbaru kepada Google Wallet untuk Android memperkenalkan pendekatan yang lebih teratur dalam menguruskan kaedah pembayaran yang disimpan. Menu akaun kini...

    Jalan Sultan Ismail menjadi dua hala, kurangkan kesesakan lalu lintas

    Sekurang-kurangnya 20 anggota Polis Kuala Lumpur telah ditempatkan untuk mengawal lalu lintas susulan penukaran jalan satu hala kepada dua hala di Jalan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X