More

    Pornhub beri akses premium secara percuma kepada penonton di Itali

    Itali adalah negara kedua yang paling terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19, di mana kes jangkitan di negara Eropah itu telah melebihi 17,600 kes. Negara itu sudah pun menguat kuasakan kuarantin di semua wilayah untuk membendung wabak tersebut. Namun di sebalik semua ini, sebuah laman web pornografi terkenal memutuskan untuk ‘membantu’ Itali dengan inisiatif unik.

    Pornhub akan memberi akses premium kepada semua penonton di Itali secara percuma sehingga 3 April 2020. Selain itu, syarikat itu juga akan mendermakan semua keuntungan untuk bulan Mac daripada Modelhubs kepada agensi kesihatan di Itali.

    Itali adalah negara ketujuh tertinggi yang menonton Pornhub pada 2019, di mana Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun berada pada tiga teratas. Sebelum ini, Pornhub telah terlibat dengan pelbagai kerja kebajikan seperti menyelamatkan ikan paus, menganjurkan kempen alam persekitaran, meningkatkan kesedaran barah payudara dan lain-lain.

    Adakah anda merasakan ini boleh mengurangkan kegusaran yang dialami rakyat Itali? Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave English

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured