More

    Mark Zuckerberg & Facebook lancar tabung untuk bantu agensi kesihatan bendung wabak COVID-19

    Untuk melawan penularan wabak COVID-19 yang semakin parah, CEO Facebook Mark Zuckerberg telah melancarkan sebuah tabung untuk membantu agensi kesihatan menyelesaikan masalah ini. Beliau telah bekerjasama dengan Yayasan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk melancarkan Tabung Tindakan Perpaduan (Solidarity Response Fund) COVID-19 di mana orang ramai boleh menderma.

    A lot of people have told us they want to help fight coronavirus but aren't sure how, so we've worked with the United…

    Posted by Mark Zuckerberg on Jumaat, 13 Mac 2020

    Selain itu, Facebook juga akan memadankan derma (matching donation) sebanyak US$10 juta jika tabung itu mencapai sasaran US$10 juta. Menurut laman Facebook rasmi tabung tersebut, dana itu akan digunakan untuk meningkatkan kapasiti makmal, meningkatkan jumlah alat perlindungan, merawat pesakit yang paling berisiko dengan menubuhkan lebih banyak unit penjagaan intensif, mengkoordinat usaha antarabangsa dalam mengurangkan penyebaran dan sebagainya.

    UN melalui Pelan Tindak Balas Kesediaan Strategik menggariskan keperluan pembiayaan sekurang-kurangnya US$675 juta sehingga April 2020 untuk melawan virus ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk menderma dalam tabung ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured