More

    Kerusi Gaming Razer Enki Pro dilancar di Malaysia, tampilkan bahan Alcantara berharga RM4,299

    Razer secara rasminya telah melancarkan Enki Pro untuk pasaran Malaysia. Enki Pro pada awalnya diacah pada Oktober tahun lepas. Dipasarkan sebagai varian peringkat lebih tinggi, ia didatangkan dengan beberapa peningkatan berbanding versi standard dan X dalam siri ini.

    Pro mewarisi konsep yang sama bagi barisan Razer Enki iaitu tempat duduk ultra lebar 21 inci, lengkungan bahu 110 darjah, bahagian lumbar terbina dalam, tempat letak tangan boleh laras, kecondongan tempat duduk reaktif dan keupayaan untuk berbaring sehingga 152 darjah. Razer mengatakan bahawa kerusi ini mempunyai keselesaan sepanjang hari.

    Dengan model yang lebih baharu ini, Razer menghasilkannya dengan bahan yang premium. Berbeza dengan varian standard dan X, Razer Enki Pro menampilkan Alcantara untuk sandaran belakang dan tempat duduknya. Bahan ini merupakan gentian mikro seperti suede yang direka untuk tahan lama, tahan lasak dan selesa.

    Bahagian tepinya menggunakan bahan kulit buatan yang dijanjikan oleh Razer mampu menahan pemakaian dalam tempoh yang lama dan tahan koyak. Selain itu, satu lagi tambahan baharu pada Pro ialah kusyen kepala boleh laras magnet serba baharu yang menggantikan versi tali elastik yang digandingkan bersama Enki standard.

    Syarikat itu memberi jaminan bahawa ciri magnetnya cukup selamat untuk mengelakkan pergerakan semasa digunakan. Kusyen yang digunakan dinaik taraf dan mengekalkan bahan busa memori (memory foam) untuk keselesaan dan sokongan bahagian kepala pengguna.

    Kerusi gaming Razer Enki Pro baharu kini boleh didapati dengan harga RM 4,299 secara eksklusif melalui kedai dalam talian rasmi Razer. Adakah anda berminat untuk memilikinya? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured