fbpx
More

    iQOO Neo 6 dilancar: SD 870, skrin AMOLED 6.62″ dan kamera 64MP bermula ~RM1,635

    Hari ini, iQOO Neo 6 telah dilancarkan di India. Jenama tersebut mendedahkan beberapa butiran spesifikasi mengenai telefon itu. Sebelum pelancaran, harga peranti telah dibocorkan terlebih dahulu oleh Mukul Sharma.

    Pelancaran iQOO Neo 6 disiarkan di Amazon India dan YouTube iQOO pada pukul 12 tengahari tadi.

    Laporan mendakwa peranti akan mula dijual pada awal bulan Jun bagi model standard pada harga INR 29,000 (~RM1,635) manakala varian yang lebih tinggi akan membawa harga INR 31,000 (~RM1,748).

    iQOO Neo 6 mungkin menggunakan panel AMOLED 6.62 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz. Ia memuatkan cipset Qualcomm Snapdragon 870 okta-teras membawa RAM12GB, storan 256GB, bateri 4,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W dan tri-kamera di bahagian belakang.

    Tri-kamera di bahagian belakang terdiri daripada kamera utama 64MP, lensa ultra lebar 12MP dan sensor B&W 2MP. Di bahagian hadapan pula membawa kamera swafoto 16MP. Akhir sekali, Neo 6 akan menggunakan Android 12 OS.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X