fbpx
More

    HONOR Magic4 Pro dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 1, OLED 6.81″ 120Hz, cas wayarles 100W berharga RM3,999

    Sudah setahun setengah semenjak HUAWEI melepaskan HONOR dan bergerak sebagai organisasi bebas. Walaupun HONOR telah mencapai banyak kejayaan pada ketika itu, ia mengambil masa sehingga kini untuk melancarkan secara global telefon segmen andalannya iaitu HONOR Magic4 Pro.

    HONOR Magic4 Pro pada asalnya diperkenalkan pada MWC 2022 dan kini HONOR Malaysia secara rasmi telah melancarkan telefon itu untuk pasaran tempatan. Acara pelancarannya juga dibuat secara strim langsung di Facebook rasmi HONOR Malaysia.

    Menurut pengenalan rasmi, HONOR Magic4 Pro dikenali sebagai “pain killer” merangkumi beberapa teknologi seperti skrin telefon mudah alih yang menyokong kedua-dua LTPO dan sehingga 1920Hz PWM dimming, gabungan berbilang kamera fotografi pengkomputeran dan pengecasan pantas wayarles 100W.

    Selain itu, HONOR Magic4 Pro hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G,  kamera utama 50MP yang memuatkan sensor warna 1/1.56 inci + kamera ultra lebar 50MP 122 darjah + kamera telefoto periskop 64MP. Selain itu, pengecasan pantas 100W Wired HONOR SuperCharge boleh mencapai 100% dalam hanya 30 minit dengan bateri berkapasiti 4,600mAh. 

    HONOR Magic4 Pro juga merupakan telefon pintar pertama yang menyokong pengecasan wayarles 100W menerusi teknologi HONOR SuperCharge dan kapasiti bateri boleh mencapai 50% dalam masa 15 minit. Ia juga telah disahkan dilengkapi dengan Perkhidmatan Mudah Alih Google (GMS).

    HONOR Magic4 Pro turut dilengkapi dengan ciri AI Privacy Call yang pertama dalam industri. Teknologi ini tersebut menggunakan Unit Pancaran Bunyi Dual Pintar yang memerlukan alat konduksi tulang khas bagi menyelesaikan masalah ketirisan bunyi dalam telefon pintar.

    Daripada segi fotografi, HONOR Magic4 Pro dinaik taraf daripada model sebelumnya dengan algoritma AI untuk imej yang lebih jelas dan warna asli. Proses ini melibatkan 100 ujian jarak penuh panjang tumpuan dan platform digital untuk mengumpul data 300 parameter ke atas dalam masa sebenar bagi memastikan keseragaman dan kualiti kepenggunaan.

    Berikut merupakan spesifikasi lengkap HONOR Magic4 Pro:

    • Skrin melengkung-quad OLED LTPO 6.81 inci, resolusi 1312×2848, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 1,000 nits, 100% DCI-P3, HDR10+ dan PWM 1920Hz dalam cahaya malap
    • Ukuran: Tinggi 163.6mm, lebar 74.7mm, tebal 9.15mm dan berat 215g
    • Cipset Snapdragon 8 Gen 1, GPU Adreno 730
    • RAM 8GB
    • Storan LPDDR5 256GB
    • Kamera lebar utama 50MP (f/1.8) + kamera ultra-lebar 50MP (f/2.2, 122° FOV) + kamera periskop telefoto 64MP (f/3.5, 3.5x zum optikal, 100x zum digital)
    • Dwi-kamera swafoto 12MP (dengan sudut pandang 100°, 1.22um pixel size dan sensor kedalaman 3D)
    • Bateri 4,600mAh
    • Pengecasan pantas 100W, pengecasan wayarles 100W HONOR SuperCharge
    • Sistem operasi Magic UI 6.0 berdasarkan Android 12
    • Rating kalis air dan habuk IP68
    • Pembesar suara stereo, port USB-C 3.1, pengimbas muka 3D, AI Privacy Call
    • Pilihan warna hitam Cyan, Emas dan Hitam
    • Warna: RM3,999

    Pra-tempahan untuk HONOR Magic4 Pro akan dibuka bermula hari ini jam 5:00 petang. Setiap pra-tempahan akan disertakan bersama hadiah percuma termasuklah HONOR Watch GS 3, HONOR Magic4 Pro Phone Case, perlindungan skrin retak selama enam bulan dan waranti lanjutan 1+1 tahun. Ia akan mula dijual secara rasmi pada 11 Jun 2022.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ulasan HONOR X7b 5G – ‘Entry level’ tapi macam ‘mid-range’?

    HONOR X7b versi 5G telahpun dilancarkan pada 22 April 2024 di pasaran Malaysia dengan harga RM899 memberikan spesifikasi tersendiri dan membawa storan...

    Kerjasama PETRONAS, CelcomDigi bakal transformasi tekno-digital 5G untuk sektor tenaga

    PETRONAS dan CelcomDigi bekerjasama melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memacu usaha transformasi digital dan kemampanan untuk industri tenaga dengan memanfaatkan kuasa...

    TSMC bakal hasilkan cip dengan proses 1.6nm menjelang 2026

    TSMC mengumumkan proses pembuatan 1.6nm untuk cip dan ia juga termasuk rangkaian penghantaran kuasa yang meningkatkan kecekapan kuasa dan ketumpatan transistor dengan...

    Kejohanan MLBB Infinix GT 20 Pro tawar hadiah sehingga RM10,000, acara bakal diadakan pada...

    Sempena pelancaran Infinix GT 20 Pro pada 2 Mei ini, Infinix Malaysia akan menganjurkan Kejohanan MLBB Infinix GT 20 Pro iaitu sebuah...

    Samsung Galaxy Unpacked kedua dijadualkan pada 10 Julai 2024

    Acara Samsung Galaxy Unpacked yang akan datang dijadualkan pada 10 Julai 2024 di Paris, bertepatan dengan penganjuran City of Love Sukan Olimpik...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X