More

    Hanya model Pro dalam siri iPhone 14 akan tampilkan cipset A16 terbaharu

    Cipset Apple A16 akan datang bakal digunakan untuk iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max menurut firma penyelidikan Taiwan TrendForce. Dalam laporan yang memberi tumpuan kepada pengeluaran telefon pintar global, TrendForce secara ringkas menyebut bahawa Apple merancang untuk melancarkan empat model iPhone 14 baharu pada separuh kedua 2022.

    Tetapi, hanya model Pro akan dilengkapi dengan cipset terbaharu Apple. Laporan itu sejajar dengan maklumat yang dikongsi oleh penganalisis Apple Ming-Chi Kuo pada Mac lalu yang mendakwa bahawa hanya model iPhone 14 Pro akan menampilkan cip A16. Model iPhone 14 dan iPhone 14 Max standard kekal dilengkapi dengan cip A15.

    Mark Gurman daripada Bloomberg bersetuju bahawa model iPhone 14 standard mungkin kekal menggunakan cip A15. Gurman berkata bahawa selain cuba menonjolkan model Pro, kekurangan cip yang berterusan mungkin telah menyumbang kepada keputusan Apple untuk mengehadkan cipnya yang akan datang kepada model iPhone 14 Pro.

    Ini berbeza daripada strategi sebelum ini yang mana Apple melengkapkan semua iPhone perdana dengan cip yang sama. Contohnya, iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max semuanya dilengkapi dengan cip A15 yang sama.

    Apple dijangka mengumumkan barisan iPhone 14-nya pada September jika tiada gangguan bekalan cip. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: MacRumors

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured