More

    Microsoft Surface Laptop Go 2 bakal dilancar: Intel Core gen ke-11 dan Windows 11 bermula ~RM2,630

    Microsoft Surface Laptop Go 2 telah diperkenalkan minggu ini membawa beberapa peningkatan baharu dan harga yang tinggi sedikit.

    Microsoft Surface Laptop Go 2 yang akan dilancarkan pada 7 Jun dibina dengan cipset Intel Core i5-1135G7 gen ke-11 memberikan peningkatan ketara berbanding cipset gen ke-10 dalam Surface Laptop Go yang asal.

    Komputer riba yang akan datang ini mempunyai spesifikasi yang sama dengan model sebelumnya seperti paparan 12.4 inci dan nisbah aspek 3:2. Namun, sudah pasti akan ada beberapa perbezaan termasuk harga peranti yang meningkat sebanyak kira-kira $50. Peranti tutut membawa Windows 11 dan pilihan warna sage.

    Papan kekunci, pad jejak, paparan dan bateri semuanya boleh diganti oleh pengguna sendiri. Anda memerlukan beberapa pengetahuan teknikal bagi mengelakkan sebarang kerosakan.  

    Menurut Microsoft, Surface Laptop Go 2 mempunyai terma yang lebih senyap untuk lebih fokus. Komputer riba turut ditambah baik pada bahagian kamera web bagi pemprosesan imej yang lebih baik walaupun resolusi 720p sama dengan model sebelumnya. 

    Surface Laptop Go 2 bermula pada $599 (~RM2,630) dengan RAM 4GB dan storan SSD 128GB, RAM 8GB dan storan SSD 128GB dengan hagra $699 (~RM3,070) dan $799 (~RM3,509) untuk RAM 8GB dan storan 256GB. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Techradar

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured