More

    airasia ride tekad ingin sediakan perkhidmatan “e-hailing” dengan tambang berpatutan

    Perkhidmatan seru pandu (e-hailing) airasia ride yang dibangunkan oleh airasia Super App ingin meyakinkan para penumpang dan pemanda bahawa mereka akan terus memastikan tambang yang dikenakan adalah berpatutan untuk kedua-dua belah pihak.

    Kenyataan ini dibuat sewaktu ramai penumpang kini tidak berpuas hati dengan kadar tambang tinggi yang dikenakan oleh syarikat seru pandu popular.

    Menurut ketua pegawai eksekutif serantau airasia ride Lim Chiew Shan, mereka akan mengekalkan polisi tambang airasia ride seperti sebelum ini. Mereka tidak ingin mengenakan tambang yang lebih tinggi sehingga tiga kali ganda kepada penumpang, walaupun dengan isu kekurangan pemandu pada waktu ini.

    Mereka turut menawarkan diskaun di mana para penumpang boleh menikmati potongan RM5 untuk 10km pertama dalam perjalanan pertama bermula 2 Jun 2022 di seluruh Malaysia.

    Buat para pemandu pula, airasia ride akan memastikan kenaikan harga tambang akan dapat menampung masa tambahan dalam trafik yang berlaku sewaktu masa puncak, jika ia berlaku.

    airasia ride berkata lebih 30,000 pemandu telah berdaftar dengan platform tersebut dan lebih 1 juta penumpang telah menggunakannya sejak pengenalannya pada tahun lalu. Pemandu boleh menikmati pelbagai manfaat jika mereka memandu dengan airasia ride, seperti diskaun sehingga 90% untuk penerbangan AirAsia dan insentif tambahan sehingga RM200 seminggu.

    airasia ride boleh dimuat turun dalam Apple App Store, Google Play Store dan HUAWEI AppGallery. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menggunakan airasia ride dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: AirAsia

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured