More

    Ujian penanda aras cipset Apple A14 muncul di Geekbench, mengalahkan Snapdragon 865

    Seperti yang kita jangkakan, Apple sudah pun dalam proses untuk membina siri iPhone 12 dan cipset yang akan mengoperasi telefon pintar itu tentunya adalah cipset Apple A14 Bionic.

    Cipset tersebut sudah pun muncul dalam Geekbench untuk ujian penanda aras (benchmarking). Berikut adalah ujian versi beta 1 untuk ujian penanda aras tersebut:

    A14 adalah cipset enam teras (hexa-core) dengan clock speed sehingga 3.1GHz. Cipset tersebut mendapat 1658 markah untuk prestasi teras tunggal manakala untuk ujian multi-teras ia mendapat 4612 markah.

    Selain itu, Geekbench juga membuat perbandingan prestasi A14 dengan cipset lain seperti Snapdragon 865, di mana A14 mendapat markah tertinggi berbanding cipset-cipset lain dalam ujian Geekbench.

    A14 dijadualkan untuk bermula pengilangan besar-besaran (mass production) bermula April. Beritahu kami di Facebook jika iPhone 12 berada dalam radar anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured