More

    POCO C40 dilancar: Telefon dengan skrin 6.71″, dwi-kamera, bateri 6,000mAh berharga ~RM660

    Baru-baru ini, POCO mengumumkan bahawa telefon pintar kelas permulaan POCO C40 bakal dilancar pada 16 Jun 2022. Walau bagaimanapun, ia telah pun dilancar terlebih dahulu di Vietnam pada hari ini dan spesifikasi penuhnya juga sudah diumumkan.

    POCO C40 dilengkapi skrin LCD berukuran 6.71 inci dengan resolusi HD+ (1560×720), kecerahan 400 nits dan dibuat daripada kaca Corning Gorilla Glass. Badannya dibuat daripada plastik sepenuhnya, mempunyai berat 204 gram dan terdapat dalam pilihan warna hitam, kuning atau hijau.

    Di belakang, ia mempunyai dua kamera iaitu kamera utama 13MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera di hadapan pula adalah kamera swafoto 5MP yang diletakkan dalam takuk (notch).

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset JLQ JR10, RAM 4GB, storan dalaman 64GB, bateri 6,000mAh, pengecasan pantas 18W dan sistem operasi Android 11. Ini adalah telefon POCO pertama yang dilengkapi cipset buatan JLQ iaitu sebuah syarikat semikonduktor dari China.

    Walaupun ia menyokong kadar pengecasan 18W, pengecas yang disertakan dalam kotak hanyalah berkadar 10W sahaja. Telefon ini turut mempunyai port USB-C, ruang kad memori microSD, bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari di belakang.

    POCO C40 dijual di Vietnam pada harga VND3,490,000 (~RM660) dan setakat ini tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...