More

    Rekaan skrin Nothing Phone (1) tertiris, mungkin berukuran 6.55 inci

    Nothing bakal melancarkan telefon pintarnya yang pertama, Nothing Phone (1) pada tahun ini namun tiada maklumat mengenainya sudah dikongsi oleh syarikat tersebut. Walau bagaimanapun, pengkhabar berita teknologi TechDroider telah berkongsi spesifikasi skrin untuk telefon Nothing itu.

    Menurutnya, Nothing Phone (1) mempunyai skrin OLED berukuran 6.55 inci dengan resolusi FullHD+ (2400×1080), permukaan rata sepenuhnya dan bezel yang sangat nipis di semua bahagian sisi. Untuk kamera swafoto pula, ia ditempatkan dalam lubang tebuk yang sangat kecil di bahagian atas tengah skrin.

    Secara kasar, skrin telefon ini tidak mempunyai ciri-ciri yang unik selain daripada bezel nipis. Buat masa ini, tiada spesifikasi lanjut yang diketahui untuk telefon Nothing ini, selain daripada sistem operasi Nothing OS berdasarkan Android 12. Ia dikhabarkan bakal dilengkapi cipset Snapdragon 7 Gen 1, RAM 8GB, storan dalaman 128GB, kamera utama 50MP dengan OIS dan rekaan belakang yang lutsinar.

    Nothing Phone (1) ini juga bakal menjadi produk kedua yang dilancar oleh Nothing, selepas mereka memperkenalkan fon telinga wayarles Nothing ear (1) pada tahun lalu.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured