More

    Apple MacBook Air dan MacBook Pro 2022 diumum, miliki cip M2 bermula RM5,699

    Semasa World Wide Developers Conference (WWDC) 2022, Apple memperkenalkan MacBook Air yang dikuasakan oleh cip M2 yang juga baru diumumkan. Ia membawa reka bentuk baharu, pengecasan Magsafe dan hayat bateri yang tahan lama. Varian MacBook Pro 13 inci turut menggunakan cip M2.

    MacBook Air baharu hadir dengan reka bentuk yang rata dengan ketebalan 11mm dan seberat 1.22kg. Komputer riba kekal tanpa kipas dan dilengkapi dengan paparan Liquid Retina 13.6 inci dengan kecerahan 500 nits dan 1 bilion warna. Bahagian kamera web pula telah dikemas kini kepada 1080p.

    MacBook Air mendapat Magic Keyboard dengan baris kekunci fungsi yang lebih besar, dua port USB-C dan bicu audio 3.5mm. Hayat bateri boleh bertahan selama 18 jam dengan main semula video tanpa henti. Ia mempunyai sistem empat pembesar suara di dalam bingkai.

    Terdapat pilihan warna kelabu, perak, biru dan emas. Kabel pengecasan MagSafe disediakan dan peranti juga menyokong pengecasan pantas melalui USB-C 67W.

    Peranti akan mula berada dalam pasaran dalam bulan Julai dengan harga RM6,699 dan boleh dikembangkan dengan storan SSD sehingga 2TB dan memori sehingga 24GB. 

    Sementara itu, MacBook Pro 13 inci kekal dengan paparan bezel tebal dan papan kekunci Touch Bar. MacBook Pro 13 inci dengan cip M2 bermula pada harga RM5,699. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Apple 1/ Apple 2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured