fbpx
More

    Reka bentuk Xiaomi 12 Ultra didedah, tampilkan kamera berjenama Leica

    Terdapat banyak khabar angin mengenai panel belakang Xiaomi 12 Ultra sejak akhir-akhir ini. Kini, ia dikatakan akan hadir dengan modul kamera bulat besar membawa potongan kamera dan sensor. Pemberi maklumat terkenal iaitu Steve Hemmerstoffer telah bekerjasama dengan penerbitan Zouton untuk mendedahkan reka bentuk CAD Xiaomi 12 Ultra. 

    Di bahagian hadapan, Xiaomi 12 Ultra mungkin membawa paparan lubang tebuk (punch-hole) dengan tepi melengkung. Peranti ini berukuran 161.9 x 74.3 x 9.5mm iaitu sedikit tebal dan kecil daripada Xiaomi Mi 11 Ultra yang berukuran 164.3 x 74.6 x 8.4mm. Ia mungkin tidak menampilkan skrin 6.81 inci seperti model sebelum ini tetapi menempatkan panel AMOLED 6.6 inci.

    Di bahagian belakang, Xiaomi 12 Ultra menggunakan jenama kamera Leica dengan tujuh bulatan sensor dan kamera. Ia nampaknya dilengkapi dengan empat kamera dan tiga sensor. Modul kamera belakang Xiaomi 12 Ultra mungkin termasuk kamera utama 50MP dengan OIS, lensa ultra lebar 50MP, kamera zum periskop 48MP dan kanta potret 16MP. Kamera hadapannya mungkin membawa 16MP atau 20MP.

    Cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dijangka akan digunakan pada Xiaomi 12 Ultra dengan RAM 16GB, storan sehingga 512 GB, bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W dan pengecasan tanpa wayar. Skrin AMOLED mungkin membawa sokongan untuk resolusi Quad HD+ dan kadar penyegaran 120Hz. 

    Peranti ini juga dijangka hadir dengan binaan kulit dan seramik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    vivo Y18 rasmi dengan skrin paling terang dalam segmen permulaan, penarafan IP54 bermula ~RM511

    vivo baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar Y18 baharu di India. vivo Y18 merupakan telefon pintar dalam segmen permulaan yang memuatkan beberapa...

    Siri Xiaomi Pad 7 akan dilancarkan Oktober ini, boleh ‘plug and play’ dengan EV...

    Xiaomi mungkin bersiap sedia untuk pelancaran beberapa peranti perdana pada Oktober ini termasuk siri tablet perdana baharunya, siri Xiaomi Pad 7. Barisan...

    Nokia 3210 yang ikonik pada 90-an kini diberi nafas baharu dengan 4G

    HMD Global yang merupakan syarikat di sebalik peranti Nokia sedang melakar nostalgia. Menjelang pelancaran semula Nokia 6310, HMD Global kini juga sedang...

    Xiaomi 15 akan jadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 4, bakal dilancar Oktober...

    Minggu lepas, satu laporan mendakwa bahawa Xiaomi mempunyai hak pelancaran pertama eksklusif untuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang....

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) rasmi di Malaysia: Skrin 10.4″, sokong S Pen...

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) telah tiba di pasaran Malaysia secara rasmi dengan memori RAM 4GB...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X