More

    Samsung Flip 3, Samsung Fold 3 dan OPPO A77 5G sokong 5G di Malaysia, jumlah keseluruhan kini 83 peranti

    Organisasi kerajaan yang bertanggunjawab dalam mengendalikan 5G di Malaysia iaitu Digital Nasional Bhd (DNB) berkata tiga peranti kini telah ditambah ke senarai telefon pintar yang serasi dengan rangkaian 5G Malaysia.

    Dalam satu kenyataan DNB yang merupakan pembekal rangkaian borong tunggal 5G negara berkata Samsung Flip 3, Samsung Fold 3 dan OPPO A77 5G telah mendapat kelulusan untuk mengakses rangkaian 5G di Malaysia.

    Ia menjadikan jumlah keseluruhan telefon pintar yang menyokong rangkaian 5G adalah sebanyak 83. DNB berkata pengguna boleh menghubungi pengeluar jenama atau pembekal perkhidmatan mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Kawasan liputan untuk sambungan 5G dan senarai penuh peranti yang serasi boleh dilihat di sini. Dalam laman rasmi DNB tersebut juga mendedahkan peranti yang bakal mendapat sokongan rangkaian 5G di Malaysia.

    Anda boleh memeriksanya di bahagian ‘Upcoming Device’ dan pilih jenama yang anda berminat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Facebook DNB

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured